title

22 Sep 2007

Don't Forget Her


17 Sep 2007

Ini amat menakutkan.

Amat menakutkan dan memalukan untuk demokrasi Malaysia. Baca.

Mainstream politics and criminal intimidation in campus elections?

14 Sep 2007

Tazkirah Ramadhan

1. Tazkirah dan selawat antara solat tarawih adalah tidak wajib. Rasulullah tidak pernah mengadakan tazkirah dan selawat semasa mengerjakan solat tarawih.
2. Sudah menjadi tradisi dan amalan Rasulullah juga untuk mengadakan solat tarawih secara berjemaah. Oleh itu para ustaz mengambil kesempatan untuk mengadakan tazkirah antara 4 rakaat tarawih untuk memberi peringatan kepada makmum yang rata-ratanya hanya datang pada bulan ramadhan untuk bertarawih.
3. Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur.
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba.
13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Dipetik dari Zaharuddin.net

12 Sep 2007

Peluang diberi Lagi, Alhamdulillah, Selamat datang Ramadhan



" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183

PENGERTIAN PUASA
# Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

PUASA WAJIB
# Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.

PUASA SUNAT
# Puasa enam hari pada bulan Syawal
# Puasa hari Arafah
# Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
# Puasa bulan Syaaban
# Puasa Isnin dan Khamis
# Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)

PUASA MAKRUH
# Puasa yang terus menerus sepanjang masa
# Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM
# Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
# Puasa pada hari raya pertama Haji
# Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

SYARAT WAJIB PUASA
# Berakal
# Akhir Baligh (Cukup umur)
# Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT SAH PUASA
# Islam
# Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
# Suci daripada haid dan nifas
# Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

RUKUN PUASA
# Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
# Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
# Makan dan minum dengan sengaja
# Muntah dengan sengaja
# Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
# Keluar darah haid atau nifas
# Gila
# Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
# Orang yang sakit
# Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
# Orang tua yang sudah lemah
# Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

//Aku menyambut ramadhan dengan mengadakan kelas Visual Basic.

6 Sep 2007

Stat keje balik

Tak tunggu apa dah. Pagi2 dah bersiap pg keje. Jalan depan sg isap jem. so ikut hiway belakang.Seronok plak masuk keje. Sayu pon ilang.

5 Sep 2007

Perjalanan tamat

Menamatkan perjalanan konvo dari parit buntar ke kuantan. Sampai kol 3 petang.

4 Sep 2007

Bergambar sakan

Sesi bergambar sakan lagi dengan kawan. Pastu baru hantar jubah n amik scroll. Petang tu balik ke parit buntar.Sayu nak berpisah dgn rakan-rakan yang bersama 3 tahun ni.
Smart.
Bergambar sakan.



Salah pakai jubah.

3 Sep 2007

Hari kejadian

Hari kejadian. Pagi2 lagi dah siap. Awal tu, dalam kol 5 dah bgn dah. Dalam kol 730 dah sampai ke DTSO, jumpa intan n munawar. Dalam Dewan Mas, duduk kat pyan n coet. Lama betul nak abis kan majlis, untuk 1039 graduan, nak wat one shot satu sesi, kol 130 baru abis. Buruk dok dalam tu. Kenangan amik scroll mmg best, walopon tak sampai 30 saat kat atas pentas. Waktu kedua best pas amik scroll ialah sesi bergambar. Time ni amat meriahlah. Cuma yang ralat sebab tak dapat jumpa rakan sefakulti, hilang terus pas kuar dewan. Pas habis bergambar n bawak family makan2 kat ekspo, depa pon balik le.
Mak dan ayah. TERIMA KASIH!

Wati, me and luqman.
Keluarga ku.

Rakan seperjuangan datang memberi sokongan.

2 Sep 2007

Balik ke pokok sena.

Lepak tunggu esok. Petang balik ke umah mak teh. Malam bersiap apa yang patut.

1 Sep 2007

Amik jubah

Amik jubah. Pastu makan dgn dayah, intan, siddiq n wife n anak dia. Petang ke tapak ekspo teman paan uruskan autoshow. Malam g ekspo lagi.Huhu.
Lesen tadak, so amik gambar je la.

Dengan paan.



Dengan kay, pengarah projek autoshow.