title

14 Sep 2007

Tazkirah Ramadhan

1. Tazkirah dan selawat antara solat tarawih adalah tidak wajib. Rasulullah tidak pernah mengadakan tazkirah dan selawat semasa mengerjakan solat tarawih.
2. Sudah menjadi tradisi dan amalan Rasulullah juga untuk mengadakan solat tarawih secara berjemaah. Oleh itu para ustaz mengambil kesempatan untuk mengadakan tazkirah antara 4 rakaat tarawih untuk memberi peringatan kepada makmum yang rata-ratanya hanya datang pada bulan ramadhan untuk bertarawih.
3. Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur.
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba.
13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Dipetik dari Zaharuddin.net

No comments: