title

30 Nov 2007

Plan Makan2 yang Tak Menjadi

Pertama kali bayar ansuran oriana. Ketor jgk masa kuar duit tu. Huhu. Malamnya lepak kat umah Azral dengan Din. Rancangan nya nak makan nasi lemak bawah pokok pada petangnya, mee udang pada malamnya dan Mc Donal pada suppernya tapi disebabkan perubahan pada menet2 akhir yang terpaksa tidak dapat dielakkan, kami makan tomyam kat umah Azral pada malamnya, tapi sikit sangat, jadi pastu ke bawah pokok makan masi lemak. Tak jadi makan mee udang. Azral tido awal malam tu (dan malam2 yang seterusnya), aku ngan Din sembang2 sampai kol 2, tak ingat bila kami tido.

28 Nov 2007

Orkid berbunga di belakang rumah




Pagi tadi sebelum pegi keje, mak sempat amik gambar orkid ni kat belakang umah, bunganya putih dan berbau wangi. Dibiarkan liar, tak jaga pon.

27 Nov 2007

Interview lagi

Interview dengan PERNEC untuk jawatan I.T Executive kat hotel Vistana.

25 Nov 2007

Ned's De-Classified Guide To School Survival


Semalam aku tengok citer ni, Ned's De-Classified Guide To School Survival. Banyak pekara-pekara yang di ceritakan betul dengan kehidupan sebenar masa sekolah, walaupon citer ni based kat Amarika. Contoh nya cool table kat sekolah, atau kat kantin sekolah. Memang betol masa rehat kat sekolah la masa yang paling best, apalagi bila kita bsama kawan2 yang se geng, tak kesah la apa geng yang kita masuk pon, asal kan kene ngan kepala kita. Aku saspek time ni la kita develop habit kita bersidai di kedai kopi atau retoran apabila kita dah masuk alam perkerjaan. Huhu..

Dua kenduri

Pegi kenduri umah kak zu dengan staff-staff kosmo dan pastu ngan fixi gi kenduri umah Munirah.

KENDURI UMAH KAK ZU (KENDURI ADIK DIA)

Geng kosmo yang hadir. 10 percent enterprise.

Ummi pon ada jgk. Adik dia kawin rupanya.

KENDURI UMAH MUNIRAH

Hantaran.

Fixi tolong munirah alih kek.

Lo! Ain n bai pon ada jgk.

Fixi sempat bergambar ngan ain.