title

13 Dec 2007

Basuh Oriana

Pagi tadi aku redah jalan yang di limpahi air sungai sebab hujan lebat tak berhenti dan air pasang. Risau sebab air masin mungkin kene bahagian bawah engin, dan di tambah lagi Oriana tak penah mandi sejak kuar kedai sebulan lepas, maka aku amik keputusan untuk kuar membasuh sevi. Basuh kat kedai la, takde masa nak basuh kat umah. Ingaykan aku akan di cop giler sebab basuh kete musim2 hujan ni. Tapi rupa2nya kat car wash banyak lagi kete yg tunggu nak dibasuh. Mungkin depa pon redah air sungai agaknya. Aku Din dan Bala gi jalan2 kat megamol sementara nak tunggu Oriana siap. Seronok jugak jalan window shop time orang keje ni. Tak ramai orang, tak penin kepala. Pas sejam amik Oriana, wah! Bangga tol tgk Oriana kilat berseri, walopon mungkin tahan untuk sehari dua je. Huhu.

No comments: