title

16 Dec 2007

The Pursuit of Happyness.

Citer ni dah lama kuar wayang, cuma sebab promosi tak gah, so aku pon tak berminat nak tengok citer ni. Tapi bila aku bosan di opis pada satu hari di hari sabtu, aku pinjam majalah readers Digest ni keluaran januari 2007 dari Wan. Banyak artikel menarik dalam tu termasuk lah citer pasal Chris Gardner ni, kisah dia daripada kehidupan yang huru hara dari masa kecil sehinggalah masa susah bersama anaknya, beliau tak pernah mengalah dan terus berusaha dan berjaya memiliki firma broker saham sendiri. Apa yang menarik ialah beliau tidak mempunyai sebarang kelayakkan akademik. Hanya kesungguhan untuk mengubah kehidupan diri. filem ini adalah adaptasi daripada novel yang mengisahkan mengenai Chris Gardner ini yang bertajuk The Pursuit of Happyness. Berbalik kepada filem ini tadi, apa yang mengecewakan ialah adaptasi ke filem tidak mengambil banyak titik-titik penting yang menyamai cerita dalam buku (dalam kes aku ni ialah artikel dari readers digest), jadi bila kita menonton filem ini banyak pekara yang kita harapkan adalah amat berlainan dari pembacaan. Oleh itu filem ini sesuai jika anda tahu mengenai Chris Gardner dan mahu mengambil motivasi dari kisah hidupnya tetapi tidak akan membaca novelnya. Kepada yang telah membaca novelnya anda boleh menonton filem ini jika mahu mengambil idea akan suasana Amerika pada tahun 70an dan 80an dan tak kisah kalau citer dia tak sama dengan novel. Sebuah filem yang fast paced, takda adegan yang tidak perlu, anda tidak akan perlu forward kerana setiap adegan amat perlu untuk anda memahami jalan ceritanya. Filem ini bagus untuk peminat drama berat, jika anda mahu hiburan, cari filem lain.

Salah satu petikan yang menarik untuk filem ini dari artikel Readers Digest,
My life could have been easily derailed by domestic violence and homelessness, but I made a choice to not let those things sink me. You can break the destruction cycles that ensnare you. Be smart, have a plan and hold on to the people you love.
AKu definitely akan beli novel dia dalam masa terdekat ni.

1 comment:

Orang Kita said...

Better beli buku dia beb. worth to read from page to page. Aku dah baca buku n tengok movie dia. mmg byk la turning point event dlm sejarah hidup dia tak masuk dlm movie. sayang betol!