title

20 Dec 2008

Hari pernikahan

Gambar-gambar pernikahan adik perempuanku pada 13 Dis 08. Selamat pengantin baru. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Debaran.

Selesai sudah.

Akhirnya. Semoga kekal sampai anak cucu.

Hari persandingan


Bukan persandingan ku buat kali kedua, tapi persandingan adik perempuan ku. Hari ni penat, tapi puas hati sebab dapat jumpa ahli keluarga yang dah lama tak jumpa dan dapat memperkenalkan isteriku kepada mereka semua. Lepas ni pandai lah dia cakap slang utara.

Wife dan adik sebelum gi mekap

Selepas mekap

Tak mekap pon comel juga.

Lapar, tapi segan nak makan banyak-banyak.

Kami bersama ikan masak tiga rasa yang enak.



19 Dec 2008

Merentas banjaran Titiwangsa



Memandu di Lebuhraya Pantai Timur

Opss. Abang pegang bendera yang kacak.

Keju!!!!! Sempat amik lagi sebelum membayar tol.

Bukit-bukit di Lebuhraya Utara Selatan.

14 Dec 2008

Jargon: Perusal

pe·ruse
Pronunciation:
\pə-ˈrüz\
Function:
transitive verb
Inflected Form(s):
pe·rusedpe·rus·ing
Etymology:
Middle English, to use up, deal with in sequence, from Latin per- thoroughly + Middle English usen to use
Date:
1532
1 a: to examine or consider with attention and in detail : study    b: to look over or through in a casual or cursory manner2: read ; especially : to read over in an attentive or leisurely manner
— pe·rus·al  \-ˈrü-zəl\ noun
— pe·rus·er noun

1 Dec 2008

Jargon: Expedite

Main Entry:
ex·pe·dite 
Pronunciation:
\ˈek-spə-ˌdīt\
Function:
transitive verb
Inflected Form(s):
ex·pe·dit·edex·pe·dit·ing
Etymology:
Latin expeditus, past participle of expedire
Date:
15th century
1 : to execute promptly2 : to accelerate the process or progress of : speed up

11 Nov 2008

Makan!

Mula-mula nak elak jugak makan tengahari. Dah berjaya pon tolak ajakan Wii, tapi bila Maizi ajak, cis betol dia ni. Pandai mengajak. So aku pon ikut la depa pi Kentaki kat Kijal, abis la jugak 2 ketoi ayam.

Malam, sebagai meraikan minggu-minggu terakhir aku dan housemate ku dok serumah, kami pergi makan kat apa yang aku anggap sebagai "best kept secret restaurant" or secara simplenye aku panggil tempat ni "kedai uncle". Makanan memang best, banyak dan murah. Makanan kedai uncle ni kelasss la dia punya sedap, senang kata kan. Sebab tu la masa sebelum Ramadhan dulu kami beli kat kedai dia je. Pastu lama dah tak pergi sebab diet malam.(diet malam???)



Menu aku. Nasi goreng bangkok dan mushroom omellette.

Pilihan Wan. Nasi gorang paprik dan hotdog+fries+fried eggs.

P/s: Kami nampak muda bila abis makan suma2 ni.

10 Nov 2008

Chronological Age vs. Biological Age

Your chronological age is 28

Your biological age is 33

( This mean I look older than my age )

The way that you are currently living your life should mean that you are aging slightly faster than most people in modern society. You are likely to look and feel slightly older than most other people your age. This will be reflected in your level of energy, strength, vitality, mental and emotional stability, resistance to disease and general well-being

Your current rate of aging and risk of degenerative diseases is slightly higher than what most doctors, insurance companies and modern health institutions expect. Every person is different when it comes to health and aging, with degenerative diseases (such as diabetes, heart disease, arthritis, cancer, depression, etc) manifesting at the weakest points in the body. As the years go by, your risk of suffering from one or more degenerative diseases is slightly higher than what our society regards as 'normal', but significantly higher than what you could achieve under optimal conditions.

  • General Health. You are aging at a rate faster than you need to
  • Immune System. Your immune system is not functioning as well as it could be, scope for improvement 
  • Toxic Load. You are suffering from a high toxic load on your body 
  • Body Fat / Weight. Changes in your weight and body fat have been well maintained 
  • Exercise. Scope for improvement 
  • Stress / Expectations. A different outlook on life will slow your rate of aging and improve your health
  • Food & Digestion. Scope for improvement in this crucial area. Without effective digestion the benefits of an excellent diet are wasted. Other positive factors which you may have in your life, such as good exercise, lifestyle and outlook, will also be less effective

Gender Specific. Excellent

BMI: 24.2. You are on the heavy side of normal. This gives you a reasonable prognosis for longevity and good health, especially if a high proportion of your body weight is muscle rather than fat. However, to optimise your chances of a long life and total health, you could lose a little more body fat

Ensure you are familiar with the most important life extension secrets - those few essentials that make the BIG difference to your life

Take the Quiz

9 Nov 2008

My Speed Test Result

Sempat wat speed test ni masa rehat. 

Masa nak pergi kerja



Sempat jugak aku amik gambar kemalangan ni. Jadi dekat dengan lampu isyarat kedua dari Ecro ke Kemaman. Penunggang motor masa ni ada kat sebelah kiri jalan, macam parah jugak aku tengok sekilas lalu. Keadaan jalan masa tu basah, mungkin baru sejam pas hujan. 
Aku tak dapat elak dari teringatkan isteri ku. Dia setiap hari naik skuter gi kerja dengan keadaan jalan yang jauh lebih berisiko dari tempat kemalangan ni. Dia pon bukan tak penah citer tentang kebahayaan yang menimpa dirinya. Kene hon ngan lori, hujan, tunggu kat simpang tiga yang sibuk. Harap rancangan kami untuk menggantikan Moskitonya dengan Persona akan berjalan lancar. Kalo tak tiap-tiap hari aku dok risau. 

28 Oct 2008

Oriana's 15K



Baru hari ni berkesempatan nak hantar Oriana untuk servis 15k dia. Cian dia, dah terlajak 2k lebih. Kali ni aku hantar kat Proton Edar Kerteh, tak larat/ sempat nak hantar ke EON Semambu.

14 Oct 2008

Chat with Nora

Nora    :fardy

Nora    :aku wish happy bday kat wife ko

Nora    :hehehe

Fardy   :ko wish mcmana?

Nora    :wish kat ko la

Nora    :bday dia sama ngan aku

Fardy   :oh

Fardy   :aku ingatkan ko kontek dia ke

Fardy   :hehehe

Fardy   :ko dpt apa jumaat lepas?

Nora    :hehehe..rahsia

Nora    :dapat la dinner special

Fardy   :aku pn bg dinner special jgk

Fardy   :hehe

Fardy   :link blog dia ada kat blog aku

Nora    :dah masuk blog ke?

Nora    :apa dah blog ko?

Fardy   :kuncisudu.blogspot.com

5 Oct 2008

Wanita

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.

Dia bukan dicipta dari kepala untuk menjadi tuan,

Dia bukan dicipta dari kaki untuk manjadi hamba.

tetapi dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki untuk

dipertahankan lelaki, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

1 Oct 2008

Aidilfitri 2008

Akhirnya selesai jugak hari pertama Aidilfitri. Secara amnya kami beraya sesama kami je. Hanya satu kumpulan budak-budak je yang datang, di lain masa hanya kami-kami je la yang meriuhkan suasana dan menghabiskan apa-apa yang yang boleh di makan di dapur. Sebab dah makan dan takda tetamu datang, kami berdua ke rumah kak irma, rakan sepejabat uchee. Dah petang, tapi sembang tetap lama jugak, banyak yang diceritakan mak kak Irma. Banyak jugak yang aku belajar. Hidup tak segembira yang kita impikan. Bak kata Fixi, hidup bukan macam dalam filem, ada Happy Ending.  Aku dah tak larat nak makan masa kat umah kak Irma, maklumlah baru jgk pas makan kat rumah dan baru je bangun tido masa tu. Tido pon sebab penat balik dari kubur. Kubur abang uchee yang sulong. Panas jugak sebab dah kol sebelas masa tu. Orang punya la ramai kat kubor masa tu. Macam-macam gaya pakaian ada. Walopon sebenarnya tak boleh pakai pakaian yang terlalu bergaya, ketat dan nampak aurat kat kubor ni dan kat mana-mana pon. Wat dosa je kan pagi-pagi raya.Sesia je mintak maaf sebelom tu. Bukan maaf je yang dipohon dan di hulur selepas solat sunat Aidilfiri tapi juga duit raya. Abah, mak, acik, akim, pasangan arif lili dan kami berdua pon dapat jugak. Arif dan Lili la dapat lebih sebab wakil baby dalam perut. Simpan dalam SSPN ya. Raya pertama ni family angah je yang takde sebab mereka sekeluarga beraya kat umah mertua angah. Jadi semua orang kecewa sebab tak dapat jumpa Yamin. Walopon Yamin bucuk masin dan berair liur banyak, semua orang suka dia. Tapi tak boleh bucuk macam Yamin la, sebab tu pagi-pagi lagi hari ni dah mandi sunat Aidilfitri dah dan makan sedikit sebelum pergi solat Aildilfitri, sunat tu dilaksanakan pada pagi Aidilfitri.

19 Sep 2008

8P KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA

Dapat dari email uchee.

1.P- PUJI : setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2..P - PELUK: hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana kalau kita selalu peluk boleh memanjangkan jangka hayat pasangan. Buat jangan x buat.

3. P - PENGHARGAAN : dimana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P - PERHATIAN : yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa terabai.

5. P- PERSEFAHAMAN : kerana sebagai manusia yang berkerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P- PERGAULAN : pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkan nya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7.P - PERCUTIAN : dimana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P - PERMOHONAN - iaitu DOA kepada ALLAH supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta di jauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

17 Sep 2008

Nuzul Quran

Nuzul Quran

Tak penah rasanya hari cuti kami dok kat umah. Ini pertama kali cuti masa tengah minggu dan masa hujung minggu biasanya kami kembali kepada pasangan masing-masing. Jadi di kesempatan ini aku menggunakannya untuk membersihkan bilik air dan bilik tido secara besar-besaran, siap mop pakai Ajax Fabuloso bau Lavender lagi. Baru la selesa gitu.

Maklumat pasal Nuzul Quran

14 Sep 2008

Biru Ahad

Pagi-pagi pas subuh aku pecut terus ke opis dari umah. Hari ni lambat sket sebab ada kecemasan kat toilet di saat-saat akhir pemergian ku. Memang kelambatan ni satu pekara yang tak patut berlaku lagi selepas ini bila aku sangkut dalam jem kat Kemaman dan kat jambatan Bukit Kuang. Pasni tepat sebelum kol 6 dah kene gerak dah.
Niat di hati nak setelkan MOM dan TIMEX dan beberapa paper work untuk miting esok, tapi lepas tengahari terpaksa ke ET sebab ada P1 incident sana yang menyebabkan user ET semua tak boleh log in. Ropa-ropanya server proxy n netware down. Kene panggil Juli configure balik. Pas siap kene kontek balik semua user yang terlibat (ramai) dan pastikan depa dah boleh log in ke netware semula. Bila siap aku dah kepenatan. Wah! aku nak balik umah.
Malam aku tido awal, tapi di bangunkan semula kerana kecemasan ke tandas. Pekara pagi tadi berulang lagi. Saspek = air tebu.

8 Sep 2008

Mari kita ke opis

Pagi-pagi buta dah ada kat opis, semalam pon lagi awal. Minggu ni ken consolidate healthcheck untuk iPEC. Ini antara tugas yang aku kira amat lah mencabar. Sebab pada awalnya aku ingat kene wat report je, rupa-rupanya kene wat siasatan jugak kalo ada incident kat mana-mana OPU.
Pas consolidate healthcheck, bermula hari miting sedunia. Hari ni ada dua miting, department dan operational. Fokus department hari ni pasal bajet lagi, dah 3 miting citer bajet je. Citer pasal bajet ni pon, sememangnye tugas yang mencabar untuk aku. Kene wat bajet untuk area aku, yang aku baru kenal 2 bulan. Blur, memang blur. Tapi mujur la aku di tunjuk ajar oleh bos team lead lain. Blaja sikit-sikit. Aku harap bajet aku blh uruskan dengan baik dan lancar.
Masa Operational meeting plak dapat tau yang cuti aku untuk tahun ni dah abis dah. Aiyoo, terbantut hasrat aku nak cuti 18hb ni. Kene plan la plak. Ada kemungkinan aku berulang jugak ni.

1 Sep 2008

Syukur, Ramadhan datang lagi

Sanggup aku berulang kerteh kuantan hari ni semata-mata nk berbuka bersama wife tersayang. Almaklumlah tahun ni pertama kali berposa and akan beraya berdua. Sebab tu rasa berlain bila ramadhan bermula malam tadi. Tahun ni berazam nak jadikan Ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun lepas, macam tahun lepas aku banyak terlepas tarawih sebab keje sampai malam dan takde motivasi nak beribadat lebih selain tarawih. Tahun ni kalo dapat buat solat sunat selain tarawih dah kira ok lah. Aku berdoa semoga aku tak kerugian pada Ramadhan tahun ni.

16 Aug 2008

Sambut menantu di Kota Bharu

Subuh2 dah gerak.

Kol 9. Singgah kat Bandar Al-Muktafi  Billah Shah.
Aummm. Minum milo.

Minum milo anda jadi sehat dang kuat.

Ganti pak mentua driving.

Manja.

Chomel.

Pengantin berbincang sesuatu.

The two of us.

Segak berjaya.

Hantukkan kepala mengambil hadiah.

Berbincang masalah dunia.

Kami lagi. 

The family.