title

10 May 2008

Jalan-jalan makan sushi

Aku kalo ikutkan malas giler nak kuar hari ni. 5 kali sehari dah kuar, cemuih tgk bandar ni. Tapi kalo dok umah pon, apa sgt yang aku buat. Tido, makan, tgk tv je la. Jadi aku ikut je la bila Nizam ajak kuar hari ni. Tak tau mana dia nak pegi selain agenda jadi tuan penasihat. Mula-mula jumpa Cokmeng kat kopitiam kemaman yang Fixi asyik tak jadi bawak aku pegi tu. Oh, Fixi plak pas tunggu lama, dia pon tak sampai2, kami pon tinggal je la dia. Dia bz kot. 

Jalan-jalan kat East Coast Mall (ECM), mall terbaru untuk warga pantai timur, niat dihati nak makan donut Big Apple, tapi orang beratur sikit punya panjang daa, bukan hari ni je, sejak dari ECM bukak awal bulan ni, tiap2 hari dok panjang mcm tu la. Last2 kami naik kefor (kefor???), nak beli donut kefor lah. Tapi org ramai beratur la plak jgk. Tapi takpe, tak panjang mcm donut kat bawah tu. Huhu, tak jadi jgk sebab tempat tu rupanya depa jual sushi la. Woo hooo...sushi.. try je lah. Sebab ramai org beli, so rasa mcm nak jakun jgk la p beli.



No comments: