title

15 Jun 2008

Betul-betul kerja hari ni

Hari ni pertama kali dapat resolve incident dari user. Walopon sebenarnya bukan aku yang setelkan sebab memerlukan bantuan dua support personnel. Gila penin user sorang ni. Log tak dpt login ke Online Application, so aku try nak remote ke workstation dia, tapi dia tak jumpa plak remote software tu. Pas agak lama cuba cari software tu, aku pas kat Kak Aziah, tapi ngan dia pon tak dpt resolve, so pas plak kat Jenal. Jenal pon sampai tensi ngan user ni. Huhuhu. Last2, rupa-rupanya dia hanya login ke standalone workstation, bukan ke network. Memang la tak jumpa application tu. Aiyaaaa... Pas dia login ke network, masalah asal dia pon setel. Hampeh..

Pastu aku try kol 2 user ni, tapi depa tak angkat tepon la plak. Aku dah simpan rekod depa tapi mungkin tak dapat setelkan esok sebab esok kene pegi ECRO. Ada dua miting nak attend esok. Jenuh la dok miting. Huhuhu.

Masa balik fuel indicator Oriana dah berkelip-kelip mintak diisikan petrol yang baru naik harga. Memandangkan esok kene pegi ECRO seawal pagi, so mungkin tak sempat isi pagi esok, aku lalu membuat keputusan untuk terus isi petrol masa on the way balik. Isi RM50, pekerja tukang isi petrol tu cakap brapa sangat boleh isi? aku pon ckp tak mungkin penuh, dan ye, memang tak penuh pon. Sebelum naik harga Rm50 boleh isi samapai 5 bar, sekarang sampai 4 bar je. Hampeh, hampeh punya gomen. Dimanakah kemakmuran petroleum yang patut aku nikmati?

No comments: