title

30 Sep 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008

19 Sep 2008

8P KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA

Dapat dari email uchee.

1.P- PUJI : setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2..P - PELUK: hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana kalau kita selalu peluk boleh memanjangkan jangka hayat pasangan. Buat jangan x buat.

3. P - PENGHARGAAN : dimana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P - PERHATIAN : yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa terabai.

5. P- PERSEFAHAMAN : kerana sebagai manusia yang berkerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P- PERGAULAN : pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkan nya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7.P - PERCUTIAN : dimana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P - PERMOHONAN - iaitu DOA kepada ALLAH supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta di jauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

17 Sep 2008

Nuzul Quran

Nuzul Quran

Tak penah rasanya hari cuti kami dok kat umah. Ini pertama kali cuti masa tengah minggu dan masa hujung minggu biasanya kami kembali kepada pasangan masing-masing. Jadi di kesempatan ini aku menggunakannya untuk membersihkan bilik air dan bilik tido secara besar-besaran, siap mop pakai Ajax Fabuloso bau Lavender lagi. Baru la selesa gitu.

Maklumat pasal Nuzul Quran

14 Sep 2008

Biru Ahad

Pagi-pagi pas subuh aku pecut terus ke opis dari umah. Hari ni lambat sket sebab ada kecemasan kat toilet di saat-saat akhir pemergian ku. Memang kelambatan ni satu pekara yang tak patut berlaku lagi selepas ini bila aku sangkut dalam jem kat Kemaman dan kat jambatan Bukit Kuang. Pasni tepat sebelum kol 6 dah kene gerak dah.
Niat di hati nak setelkan MOM dan TIMEX dan beberapa paper work untuk miting esok, tapi lepas tengahari terpaksa ke ET sebab ada P1 incident sana yang menyebabkan user ET semua tak boleh log in. Ropa-ropanya server proxy n netware down. Kene panggil Juli configure balik. Pas siap kene kontek balik semua user yang terlibat (ramai) dan pastikan depa dah boleh log in ke netware semula. Bila siap aku dah kepenatan. Wah! aku nak balik umah.
Malam aku tido awal, tapi di bangunkan semula kerana kecemasan ke tandas. Pekara pagi tadi berulang lagi. Saspek = air tebu.

8 Sep 2008

Mari kita ke opis

Pagi-pagi buta dah ada kat opis, semalam pon lagi awal. Minggu ni ken consolidate healthcheck untuk iPEC. Ini antara tugas yang aku kira amat lah mencabar. Sebab pada awalnya aku ingat kene wat report je, rupa-rupanya kene wat siasatan jugak kalo ada incident kat mana-mana OPU.
Pas consolidate healthcheck, bermula hari miting sedunia. Hari ni ada dua miting, department dan operational. Fokus department hari ni pasal bajet lagi, dah 3 miting citer bajet je. Citer pasal bajet ni pon, sememangnye tugas yang mencabar untuk aku. Kene wat bajet untuk area aku, yang aku baru kenal 2 bulan. Blur, memang blur. Tapi mujur la aku di tunjuk ajar oleh bos team lead lain. Blaja sikit-sikit. Aku harap bajet aku blh uruskan dengan baik dan lancar.
Masa Operational meeting plak dapat tau yang cuti aku untuk tahun ni dah abis dah. Aiyoo, terbantut hasrat aku nak cuti 18hb ni. Kene plan la plak. Ada kemungkinan aku berulang jugak ni.

1 Sep 2008

Syukur, Ramadhan datang lagi

Sanggup aku berulang kerteh kuantan hari ni semata-mata nk berbuka bersama wife tersayang. Almaklumlah tahun ni pertama kali berposa and akan beraya berdua. Sebab tu rasa berlain bila ramadhan bermula malam tadi. Tahun ni berazam nak jadikan Ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun lepas, macam tahun lepas aku banyak terlepas tarawih sebab keje sampai malam dan takde motivasi nak beribadat lebih selain tarawih. Tahun ni kalo dapat buat solat sunat selain tarawih dah kira ok lah. Aku berdoa semoga aku tak kerugian pada Ramadhan tahun ni.