title

14 Sep 2008

Biru Ahad

Pagi-pagi pas subuh aku pecut terus ke opis dari umah. Hari ni lambat sket sebab ada kecemasan kat toilet di saat-saat akhir pemergian ku. Memang kelambatan ni satu pekara yang tak patut berlaku lagi selepas ini bila aku sangkut dalam jem kat Kemaman dan kat jambatan Bukit Kuang. Pasni tepat sebelum kol 6 dah kene gerak dah.
Niat di hati nak setelkan MOM dan TIMEX dan beberapa paper work untuk miting esok, tapi lepas tengahari terpaksa ke ET sebab ada P1 incident sana yang menyebabkan user ET semua tak boleh log in. Ropa-ropanya server proxy n netware down. Kene panggil Juli configure balik. Pas siap kene kontek balik semua user yang terlibat (ramai) dan pastikan depa dah boleh log in ke netware semula. Bila siap aku dah kepenatan. Wah! aku nak balik umah.
Malam aku tido awal, tapi di bangunkan semula kerana kecemasan ke tandas. Pekara pagi tadi berulang lagi. Saspek = air tebu.

No comments: