title

9 Nov 2008

Masa nak pergi kerja



Sempat jugak aku amik gambar kemalangan ni. Jadi dekat dengan lampu isyarat kedua dari Ecro ke Kemaman. Penunggang motor masa ni ada kat sebelah kiri jalan, macam parah jugak aku tengok sekilas lalu. Keadaan jalan masa tu basah, mungkin baru sejam pas hujan. 
Aku tak dapat elak dari teringatkan isteri ku. Dia setiap hari naik skuter gi kerja dengan keadaan jalan yang jauh lebih berisiko dari tempat kemalangan ni. Dia pon bukan tak penah citer tentang kebahayaan yang menimpa dirinya. Kene hon ngan lori, hujan, tunggu kat simpang tiga yang sibuk. Harap rancangan kami untuk menggantikan Moskitonya dengan Persona akan berjalan lancar. Kalo tak tiap-tiap hari aku dok risau. 

No comments: