title

31 Dec 2009

Quotes: Forrest Gump (1994)


Lenore: Don't you just love New Year's? You get to start all over.



22 Dec 2009

Little things I take for granted

Bukan sebelum ni kami tak penah bawak Adam ke rumah Mak Tok dia, tak jauh, belakang perumahan je. Tak sampai 3 minit pon naik kete. Tapi hari ni baru ku sedar betapa besar usaha nak bawak Adam ke rumah Mak Tok dia. Botol perlu disediakan dengan berisi susu, air masak+gripe water, wet wipes, diapers dia kene ready dalam beg. Sebelum tu kene pastikan botol-botol dia dah berbasuh, air panas dan air masak semalam dah di ganti baru, tilam dia dah di kemaskan. Dan sebab kali ni aku sorang, kene letak Adam dalam baby car seat, dah kene pasang baby car seat tu dulu (ibunya akan marah jika dia dapat tahu aku baringkan dia atas seat kete je). Sebelum ni semua-semua ni wife aku buat, aku just drive pergi balik je. So hari ni baru ku sedar akan pekara ini, terima kasih kepada wife aku selama ni tak penah berkira nak wat semua-semua ni bila nak bawak Adam keluar.

Terimah Kasih jua kepada nenek Adam kerana memandi pagikan dia dua hari ni.

18 Dec 2009

Cuti

Tahun ni tahun baru datang awal untuk umat Islam, 1 Muharram 1431 datang dua minggu awal dari kalendar Gregorian, hari ini juga aku mula bercuti. Cuti untuk menghabiskan cuti yang tidak dapat di bawa kehadapan dan akan terbakar  jika tidak diambil. Mula-mula merancang untuk balik ke Parit Buntar nak kenalkan Adam kepada sanak saudara kat sana, tapi terpaksa batalkan sebab ayah tak nak balik memandangkan gelombang keempat musim tengkujuh baru je bermula dan ayah tak nak tinggalkan kebun belakang rumahnya. Aku tak nak balik kalau ayah atau mak tak balik sama jadi aku batalkan hasrat nak balik ke Parit Buntar, lagi pun bila berbincang, Adam mungkin masih kecil lagi nak dibawa berjalan jauh. Jadi aku menetap di rumah sahaja, jadi house husband. Wife aku pon dah mula bekerja minggu yang sama aku bercuti, jadi memang tak boleh nak kemana-mana lah.

14 Dec 2009

Quotes: Big Fish (2003)

EDWARD: Having a kid changes everything. There's the diapers and the burping and the midnight feeding.
WILL: Did you do any of that?
EDWARD: No. But I hear it's terrible. Then you spend years trying to corrupt and mislead this child, fill its head with nonsense, and still it turns out perfectly fine.
WILL: You think I'm up for it?
EDWARD: You learned from the best.

21 Oct 2009

Adam Fahri b. Fardy Hisham

Adam Fahri. Adam mengambil sempena nabi pertama dan manusia pertama, Nabi Adam A.S, bersempena manusia pertama hasil perkongsian hidup aku dan isteriku. Fahri yang bermaksud kebanggaanku sempena tanda syukur kami berdua keatas kurniaan yang diberikan, yang menjadi pernantian dan harapan kepada semua pasangan yang mendirikan rumah tangga. Adam Fahri satu nama yang penuh dengan tanda cinta, cinta Allah kepada makhluk bernama manusia, cinta pertama manusia antara Adam dan Hawa, cinta popular moden antara cinta Adam terhadap Nur Amina, Fahri dan Aisya (semoga dia menjadi orang yang lembut hatinya).

Kami sedar Adam Fahri ini bukanlah keistimewaan yang diberikan kepada kami, malah tanggungjawab dan ujian yang besar untuk kami selaku hambanya. membesarkannya supaya dapat melaksanakan tugasnya sebagai hambaNya di dunia ini sambil tidak mengabaikan tugas yang telah berikan kepada kami, ini lah tanggungjawab berat itu, balasan yang kami pinta hanya doanya kepada kami sehingga akhir hayatnya.

Detik-detik kelahiran Adam Fahri



The phase where we try to understand you.

14 Oct 2009

2km=40 minit

Jalan pintasan kuantan ni aku lalu setiap hari masa nak ke tempat kerja. Jalan ni sangat-sangat mengujakan untuk sesiapa sahaja memandu dengan laju kerana setiap orang merasakan mereka patut sampai lebih cepat dari kereta yang di hadapan mereka. Tetapi tidak untuk pagi ini sebab tiba-tiba je semua kereta berkura-kura sebaik sahaja di flyover Shahputra. 40 menet berlalu sebelum aku buruk menekan pedal kelajuan ku untuk bergeak selaju 10km/j selama 3 saat barulah tahu apa puncanya.




Jarak A-B hanya 2km sahaja

Luas permandangan

Ini lah puncanya

21 Aug 2009

Syukur, Ramadhan tiba lagi

Ramadhan kali ini aku panjatkan untuk menyiapkan diri untuk menjadi seorang bapa, azamku untuk menjadikannya lebih baik dari tahun lepas, melengkapkan ilmu dan memperbaiki hati untuk menyambut cahaya mata, juga sebagai doa supaya isteri dan bakal anakku selamat dari sebarang bencana dan penyakit.

Sedikit bacaan sempena ramdahan

Puasa Tidak Boleh Berpisah Dari Dalil Sunah

Adab Berbuka Puasa - Menurut Sunah Rasulullah S.A.W.


Khutbah Jumaat: Ramadhan Menamatkan Perhambaan Diri

Perpisahan Ramadhan: Istiqamah Berpanjangan

8 Jul 2009

Model UUM HEP

Yang best nya siap kaki kene potong tu, sebab dalam gambar ni aku pakai selipar je. Klik gambar untuk paparan lebih besar.

2 Jun 2009

Bencana Trengganu - lagi gambo runtuhan






Update dari kak tj lagi, - Sapa nak bertanggungjawab nih!

khairil - mm..rasanya org ni kena bertanggung dan jawab… “Salah satu projek ‘TOOOTT’…” sile sambung yang seterusnya… ahaks J

abg amin - kroni dan tooottt

aiman - Mereka.. dan ‘keluarga’ mereka… huhuhu

kama - Kepada mereka yg nak bukak bisnes kat situ jual2 air ke, kopok ke, kepek ke, buleh la bukak kedai skang sblm slot abis…Ramai org beli ooo…penat amik gambo…

stadium kuala terangganu gong badak..runtuh





dari email kak TJ



Latest news break….


response
Kama - Mai la pakat gi tgk…

hifzi - Hehehe.. mercu tanda baru Kuala Terengganu…
naim - Mu dekat dakpe kama..hehe..riki2 la pastu repot utk kami..hihi
azam - Lepas ni pakat-pakat buat Liga Super kat Stadium Paka pula…
danam - Tragedy is tragedy, but I believed politic misuse do involved
alif- Itu semua politik wang..
pian - Perkhhh… siap ada penganalisis politik huhu.. anyway, kerja kena telus..
zul samad - Tak baik kata runtuh. Itu Cuma auto shut down…….
hj nan - Plant shutdown la.. DOSH datang nak buat inspection on the building J




6 Apr 2009

Selekoh Maut-Paka depan Masjid baru

Email dari Kak Tj pagi ni.

04,april 2009

Kereta jenis HONDA CIVIC(1 org) yg menghala ke Dungun dipandu oleh seorang Guru dari Sekolah Rendah Kerteh 5 terbabas berguling 3 kali lalu merempuh dan menimpa sebuah kereta jenis PROTON Aeroback (3 org-1 lelaki pemandu Cina, 1 Perempuan Cina Isteri beliau dan 1 Perempuan Melayu, salah seorang kerani beliau yg menumpang) yg menghala ke arah Bandar baru Kerteh, kedua-dua remuk (TOTAL LOSE). Pemandu Honda Civic tersepit maut ditempat kejadian, Pemandu PROTON Aeroback maut ditempat kejadian, Isteri beliau meninggal kemudian dihospital Dungun, Kerani beliau cedera.

* Lelaki Cina (anak kepada Taukeh TLH Hardware Paka)

* Perempuan Cina (Menantu TLH Hardware Paka)








7 Mar 2009

Gi lagi utara

Hari ni memenuhi jadual balik kampung dengan mengisi dua agenda penting iaitu melawat akim, adik ipar aku kat UITM Arau dan seterusnya ke Padang Besar untuk membeli beli barang-barang idaman yang tiada di kuantan. Ini kali pertama aku ke daerah arau, dengar macam jauh tapi rupanya kalau dari pokok sena tak la lama sangat sebab lalu lebuhraya dan papan tanda pon cukup banyak untuk membolehkan diri ini tidk sesat. Cuma agak membosankan kerana melalui lebuhraya dan banyak permandangan padang yang saujana mata memandang. Adakah mungkin sebab aku yang memandu?



Tunggu akim.

Mami pon tunggu akim juga. Lambatnya bersiap.

Ini suma akim bg utk mak. Ko punya mintak kat laki ko.

Padang besar. Pekan koboi yg maju di sempadan.

Komplek bazar padang besar.

Pertama kali mami sampai sini. Teruja

Siap dapat lai chi kang lagi. Nyum nyum.

Ayah dan tempat kegemarannya.

Bawak mami masuk UUM.

Posing depan masjid lepas solat Zuhur.

Luqman dapat (beli sendiri) jersi atas nama dia.

Malam tu jugak balik semula ke Parit buntar, walopon penat memandu siang tadi, tapi demi bertolak awal untuk sampai ke Kuantan sebelum malam, maka kene jugak lah balik, hujan lebat di pertengahan jalan, sangat lebat sampai aku seriau kalo terkene splash. Ada masa memandu dengan sangat pelahan. Sampai dalam pukul 10 macam tu. Penat amat.

6 Mar 2009

Balik kampung

Memang dah lama sangat aku tak balik kampung, sejak abis konvo, aku mula masuk alam pekerjaan dan semenjak itu, sibuk selalu dan tak kesampaian nak merancang untuk balik kampung. Apa dah jadi kat Kedah sejak bertukar kerajaan ni. Jadi pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke Alor Star. Hari jumaat Kedah cuti macam kat terengganu juga, jadi bila kami sampai kat pokok sena, makteh ada di rumah menyambut kami. Tak banyak pekara berubah rupanya. Masih macam aku tinggalkan setahun lebih dulu dan aku rasa pekan pokok sena ni masih sama lagi seperti aku tinggalkan masa aku berumur lima tahun. Stesen teksi masih di situ dan begitu, samalah juga dengan tempat tunggu bas, tapak pekan sehari, keluarga india penjual surat khabar masih di situlah, deret kedai cina tetapi ada juga yang telah dirobohkan untuk membuat jalan. Ingatan itu masih segar walaupon aku membesar di Pahang dan lidah ini pon tidak lagi berbahasa Kedah.

Petang lepas Asar kami ke Pekan rabu. Mak nak beli buah tangan dan aku nak tunjuk kat uchie yang pertama kali sampai Kedah ni. Sampai lewat, sebab aku ikut jalan jauh melalui kepala batas, saja nak jalan-jalan tengok permandangan. Akibatnya bila sampai pekan rabu, banyak kedai yang dah ditutup, segelintir saja yang masih terbuka walaupon tauke nya dah mula mengemas. Jadi kami pon kene la cepat-cepat membeli dan bila sampai ke kereta, hujan mula turun.


5 Mar 2009

Bawak laju

Kali kedua menempuh perjalanan ke parit buntar. Ikut Lebuhraya LPT dan Plus. Bila ikut lebuhraya yang dah lama aku lalu ni, perjalanan agak bosan juga. Tapi aku rela bosan dari penat memandu. Mungkin sebab aku yang memandu dan menjadi tabiat aku, suka nak sampai cepat. Sampai Parit buntar kol 330 selepas bertolak dari Kuantan kol 10. Tak terkira brapa kali kene sound ngan bini aku sebab bawak laju. 

4 Mar 2009

Nak balik kampung

Aku paling last balik kampung masa adik aku bersanding dulu. Lepas tu kol pon jarang, apatah lagi nak balik. Tapi bermula hari ni sampai senin depan, aku bercuti panjang. Hari ni Besday Sultan Terengganu dan senin ni plak Maulidur rasul. aku amik 2 cuti tahunan yakni pada kamis dan ahad. Kami tak bertolak hari ni, Uchie masih lagi bekerja. Aku dok umah, bersiap apa yang patut. 

3 Mar 2009

Miskin Rm100

Vivie buat hal lagi, pada hal dah bagtau dah yang EUC Kerteh kene standby lebih dari seminggu dalam sebulan. Bukan dia tak tahu, bukan aku ngan maizi je kene, orang lain pon sama dan memang tak dapat di elakkan. Tapi kenapa la potong jugak claim standby aku. Hampeh. Claim milage Kerteh-Kemaman pon kene potong jugak. Miskin aku RM100 hengget. Ini lah akibatnya kalo dah bergantung pada claim. Maksudnya claim ni la tempat aku nak menyimpan. Gaji abis bayar hutang dan belanja dapor je. 

13 Feb 2009

Taman Bandar

Mari kita ke tamang permainang.

Uncle, tolak lagi tinggi dari kakak.

Hadi main gelongsor je sebab takut tali buaian putus.

Nani pon suka nyusup2 dalam gelongsor juga.

Yamen dan godfathernya.

6 Feb 2009

Pantai Batu Hitam

Ibu wattttt... tak bagi lai chi kang...

woo wooo woooo. ibu wattttt... nenek pun tak bagi lai chi kang..

Akhirnya taktik ku menjadi jua. beh nye lai chi kang ni. 

Mami pon ada lai chi kang jugaaaaa...

dan ada kuew tiau goreng yang lezat lagii...

Mami dan kesayangannya.

Pantai Batu Hitam. 

15 Jan 2009

Rindukan dia

Dia dan aku. Kami berdua. 




Katon Bagaskara - Dinda Di Mana

Dinda... di manakah kau berada
Rindu aku ingin jumpa
Meski lewat nada
Kau dengarkan segenap rasa tertumpah
Mengalun dalam gitaku
Ngelangutkan jiwa

Melangkah dari bayangan
Kala aku pulang
Terkenang kisah kita bersama
Mengingat jalan yang panjang
Pernah kita tempuh
Namun badai memisahkan

Dinda... di manakah kau berada
Rindu aku ingin jumpa
Meski lewat nada
Kau dengarkan segenap rasa tertumpah
Mengalun dalam gitaku
Ngelangutkan jiwa

Berkhayal tentang dirimu
Telahkah berubah
Sekian waktu jauh dariku
Mereka-reka rencana
Apa kan kita buat
Bila ada perjumpaan

Dinda... di manakah kau berada
Biar kita isi malam
Menangis tertawa
Dan sampaikan kepada langit dan bintang
Sebentuk cinta yang ada
'Kan tetap terjaga

Denting dawai-dawai gitarku memanggil...
Dinda... di manakah kau berada
Rindu aku ingin jumpa
Meski lewat nada
Kau dengarkan segenap rasa tertumpah
Mengalun dalam gitaku
Ngelangutkan jiwa