title

7 Mar 2009

Gi lagi utara

Hari ni memenuhi jadual balik kampung dengan mengisi dua agenda penting iaitu melawat akim, adik ipar aku kat UITM Arau dan seterusnya ke Padang Besar untuk membeli beli barang-barang idaman yang tiada di kuantan. Ini kali pertama aku ke daerah arau, dengar macam jauh tapi rupanya kalau dari pokok sena tak la lama sangat sebab lalu lebuhraya dan papan tanda pon cukup banyak untuk membolehkan diri ini tidk sesat. Cuma agak membosankan kerana melalui lebuhraya dan banyak permandangan padang yang saujana mata memandang. Adakah mungkin sebab aku yang memandu?



Tunggu akim.

Mami pon tunggu akim juga. Lambatnya bersiap.

Ini suma akim bg utk mak. Ko punya mintak kat laki ko.

Padang besar. Pekan koboi yg maju di sempadan.

Komplek bazar padang besar.

Pertama kali mami sampai sini. Teruja

Siap dapat lai chi kang lagi. Nyum nyum.

Ayah dan tempat kegemarannya.

Bawak mami masuk UUM.

Posing depan masjid lepas solat Zuhur.

Luqman dapat (beli sendiri) jersi atas nama dia.

Malam tu jugak balik semula ke Parit buntar, walopon penat memandu siang tadi, tapi demi bertolak awal untuk sampai ke Kuantan sebelum malam, maka kene jugak lah balik, hujan lebat di pertengahan jalan, sangat lebat sampai aku seriau kalo terkene splash. Ada masa memandu dengan sangat pelahan. Sampai dalam pukul 10 macam tu. Penat amat.

6 Mar 2009

Balik kampung

Memang dah lama sangat aku tak balik kampung, sejak abis konvo, aku mula masuk alam pekerjaan dan semenjak itu, sibuk selalu dan tak kesampaian nak merancang untuk balik kampung. Apa dah jadi kat Kedah sejak bertukar kerajaan ni. Jadi pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke Alor Star. Hari jumaat Kedah cuti macam kat terengganu juga, jadi bila kami sampai kat pokok sena, makteh ada di rumah menyambut kami. Tak banyak pekara berubah rupanya. Masih macam aku tinggalkan setahun lebih dulu dan aku rasa pekan pokok sena ni masih sama lagi seperti aku tinggalkan masa aku berumur lima tahun. Stesen teksi masih di situ dan begitu, samalah juga dengan tempat tunggu bas, tapak pekan sehari, keluarga india penjual surat khabar masih di situlah, deret kedai cina tetapi ada juga yang telah dirobohkan untuk membuat jalan. Ingatan itu masih segar walaupon aku membesar di Pahang dan lidah ini pon tidak lagi berbahasa Kedah.

Petang lepas Asar kami ke Pekan rabu. Mak nak beli buah tangan dan aku nak tunjuk kat uchie yang pertama kali sampai Kedah ni. Sampai lewat, sebab aku ikut jalan jauh melalui kepala batas, saja nak jalan-jalan tengok permandangan. Akibatnya bila sampai pekan rabu, banyak kedai yang dah ditutup, segelintir saja yang masih terbuka walaupon tauke nya dah mula mengemas. Jadi kami pon kene la cepat-cepat membeli dan bila sampai ke kereta, hujan mula turun.


5 Mar 2009

Bawak laju

Kali kedua menempuh perjalanan ke parit buntar. Ikut Lebuhraya LPT dan Plus. Bila ikut lebuhraya yang dah lama aku lalu ni, perjalanan agak bosan juga. Tapi aku rela bosan dari penat memandu. Mungkin sebab aku yang memandu dan menjadi tabiat aku, suka nak sampai cepat. Sampai Parit buntar kol 330 selepas bertolak dari Kuantan kol 10. Tak terkira brapa kali kene sound ngan bini aku sebab bawak laju. 

4 Mar 2009

Nak balik kampung

Aku paling last balik kampung masa adik aku bersanding dulu. Lepas tu kol pon jarang, apatah lagi nak balik. Tapi bermula hari ni sampai senin depan, aku bercuti panjang. Hari ni Besday Sultan Terengganu dan senin ni plak Maulidur rasul. aku amik 2 cuti tahunan yakni pada kamis dan ahad. Kami tak bertolak hari ni, Uchie masih lagi bekerja. Aku dok umah, bersiap apa yang patut. 

3 Mar 2009

Miskin Rm100

Vivie buat hal lagi, pada hal dah bagtau dah yang EUC Kerteh kene standby lebih dari seminggu dalam sebulan. Bukan dia tak tahu, bukan aku ngan maizi je kene, orang lain pon sama dan memang tak dapat di elakkan. Tapi kenapa la potong jugak claim standby aku. Hampeh. Claim milage Kerteh-Kemaman pon kene potong jugak. Miskin aku RM100 hengget. Ini lah akibatnya kalo dah bergantung pada claim. Maksudnya claim ni la tempat aku nak menyimpan. Gaji abis bayar hutang dan belanja dapor je.