title

6 Mar 2009

Balik kampung

Memang dah lama sangat aku tak balik kampung, sejak abis konvo, aku mula masuk alam pekerjaan dan semenjak itu, sibuk selalu dan tak kesampaian nak merancang untuk balik kampung. Apa dah jadi kat Kedah sejak bertukar kerajaan ni. Jadi pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke Alor Star. Hari jumaat Kedah cuti macam kat terengganu juga, jadi bila kami sampai kat pokok sena, makteh ada di rumah menyambut kami. Tak banyak pekara berubah rupanya. Masih macam aku tinggalkan setahun lebih dulu dan aku rasa pekan pokok sena ni masih sama lagi seperti aku tinggalkan masa aku berumur lima tahun. Stesen teksi masih di situ dan begitu, samalah juga dengan tempat tunggu bas, tapak pekan sehari, keluarga india penjual surat khabar masih di situlah, deret kedai cina tetapi ada juga yang telah dirobohkan untuk membuat jalan. Ingatan itu masih segar walaupon aku membesar di Pahang dan lidah ini pon tidak lagi berbahasa Kedah.

Petang lepas Asar kami ke Pekan rabu. Mak nak beli buah tangan dan aku nak tunjuk kat uchie yang pertama kali sampai Kedah ni. Sampai lewat, sebab aku ikut jalan jauh melalui kepala batas, saja nak jalan-jalan tengok permandangan. Akibatnya bila sampai pekan rabu, banyak kedai yang dah ditutup, segelintir saja yang masih terbuka walaupon tauke nya dah mula mengemas. Jadi kami pon kene la cepat-cepat membeli dan bila sampai ke kereta, hujan mula turun.


No comments: