title

21 Oct 2009

Adam Fahri b. Fardy Hisham

Adam Fahri. Adam mengambil sempena nabi pertama dan manusia pertama, Nabi Adam A.S, bersempena manusia pertama hasil perkongsian hidup aku dan isteriku. Fahri yang bermaksud kebanggaanku sempena tanda syukur kami berdua keatas kurniaan yang diberikan, yang menjadi pernantian dan harapan kepada semua pasangan yang mendirikan rumah tangga. Adam Fahri satu nama yang penuh dengan tanda cinta, cinta Allah kepada makhluk bernama manusia, cinta pertama manusia antara Adam dan Hawa, cinta popular moden antara cinta Adam terhadap Nur Amina, Fahri dan Aisya (semoga dia menjadi orang yang lembut hatinya).

Kami sedar Adam Fahri ini bukanlah keistimewaan yang diberikan kepada kami, malah tanggungjawab dan ujian yang besar untuk kami selaku hambanya. membesarkannya supaya dapat melaksanakan tugasnya sebagai hambaNya di dunia ini sambil tidak mengabaikan tugas yang telah berikan kepada kami, ini lah tanggungjawab berat itu, balasan yang kami pinta hanya doanya kepada kami sehingga akhir hayatnya.

Detik-detik kelahiran Adam Fahri



The phase where we try to understand you.

14 Oct 2009

2km=40 minit

Jalan pintasan kuantan ni aku lalu setiap hari masa nak ke tempat kerja. Jalan ni sangat-sangat mengujakan untuk sesiapa sahaja memandu dengan laju kerana setiap orang merasakan mereka patut sampai lebih cepat dari kereta yang di hadapan mereka. Tetapi tidak untuk pagi ini sebab tiba-tiba je semua kereta berkura-kura sebaik sahaja di flyover Shahputra. 40 menet berlalu sebelum aku buruk menekan pedal kelajuan ku untuk bergeak selaju 10km/j selama 3 saat barulah tahu apa puncanya.




Jarak A-B hanya 2km sahaja

Luas permandangan

Ini lah puncanya