title

21 Oct 2009

Adam Fahri b. Fardy Hisham

Adam Fahri. Adam mengambil sempena nabi pertama dan manusia pertama, Nabi Adam A.S, bersempena manusia pertama hasil perkongsian hidup aku dan isteriku. Fahri yang bermaksud kebanggaanku sempena tanda syukur kami berdua keatas kurniaan yang diberikan, yang menjadi pernantian dan harapan kepada semua pasangan yang mendirikan rumah tangga. Adam Fahri satu nama yang penuh dengan tanda cinta, cinta Allah kepada makhluk bernama manusia, cinta pertama manusia antara Adam dan Hawa, cinta popular moden antara cinta Adam terhadap Nur Amina, Fahri dan Aisya (semoga dia menjadi orang yang lembut hatinya).

Kami sedar Adam Fahri ini bukanlah keistimewaan yang diberikan kepada kami, malah tanggungjawab dan ujian yang besar untuk kami selaku hambanya. membesarkannya supaya dapat melaksanakan tugasnya sebagai hambaNya di dunia ini sambil tidak mengabaikan tugas yang telah berikan kepada kami, ini lah tanggungjawab berat itu, balasan yang kami pinta hanya doanya kepada kami sehingga akhir hayatnya.

Detik-detik kelahiran Adam Fahri



The phase where we try to understand you.

No comments: