title

18 Dec 2009

Cuti

Tahun ni tahun baru datang awal untuk umat Islam, 1 Muharram 1431 datang dua minggu awal dari kalendar Gregorian, hari ini juga aku mula bercuti. Cuti untuk menghabiskan cuti yang tidak dapat di bawa kehadapan dan akan terbakar  jika tidak diambil. Mula-mula merancang untuk balik ke Parit Buntar nak kenalkan Adam kepada sanak saudara kat sana, tapi terpaksa batalkan sebab ayah tak nak balik memandangkan gelombang keempat musim tengkujuh baru je bermula dan ayah tak nak tinggalkan kebun belakang rumahnya. Aku tak nak balik kalau ayah atau mak tak balik sama jadi aku batalkan hasrat nak balik ke Parit Buntar, lagi pun bila berbincang, Adam mungkin masih kecil lagi nak dibawa berjalan jauh. Jadi aku menetap di rumah sahaja, jadi house husband. Wife aku pon dah mula bekerja minggu yang sama aku bercuti, jadi memang tak boleh nak kemana-mana lah.

No comments: