title

22 Dec 2009

Little things I take for granted

Bukan sebelum ni kami tak penah bawak Adam ke rumah Mak Tok dia, tak jauh, belakang perumahan je. Tak sampai 3 minit pon naik kete. Tapi hari ni baru ku sedar betapa besar usaha nak bawak Adam ke rumah Mak Tok dia. Botol perlu disediakan dengan berisi susu, air masak+gripe water, wet wipes, diapers dia kene ready dalam beg. Sebelum tu kene pastikan botol-botol dia dah berbasuh, air panas dan air masak semalam dah di ganti baru, tilam dia dah di kemaskan. Dan sebab kali ni aku sorang, kene letak Adam dalam baby car seat, dah kene pasang baby car seat tu dulu (ibunya akan marah jika dia dapat tahu aku baringkan dia atas seat kete je). Sebelum ni semua-semua ni wife aku buat, aku just drive pergi balik je. So hari ni baru ku sedar akan pekara ini, terima kasih kepada wife aku selama ni tak penah berkira nak wat semua-semua ni bila nak bawak Adam keluar.

Terimah Kasih jua kepada nenek Adam kerana memandi pagikan dia dua hari ni.

2 comments:

barry said...

salam ckgu,
um baru je dpt tau cikgu dpt cahaya mata lepas bc post ni.
tahniah buat cikgu n isteri cikgu, moga bertambah kebahagiaan dan berterusan hingga ke akhirnya, insyaAllah..
semoga anak ckgu ni menjadi anak yang soleh dan baik..amin=)

janxxx said...

salam bro..lama tak dengar berita..dah jadik ayah ko rupanya..tahniah..aku pun tahun depan insyaALLAH jadik ayah gak..wife aku baru pregnant 2 bulan.. hopefully we can see each other again one day..not as ex-pernasian but as a father..hehehe..