title

31 Dec 2010

Akhir 2010 - Pernikahan rakan baikku

Akhirnya selepas sepuluh tahun dari mata turun ke hati, rakan baikku, Nafizi dan Zaliawati memperlengkap cinta yang telah tesemat dengan ijab kabul penikahan pada hari ini. Hujan yang turun mencurah tidak dapat memadamkan api cinta yang membakar hangat suasana di masjid tempat berlangsungnya majlis. Dengan segala persiapan rohani dan jasmani yang telah dilakukan sejak dua tahun lalu, akhirnya mereka telah bersetuju untuk hidup bersama keranaNya pada 3:35 minit petang.


Debaran. 


Debaran dua.



Aku terima nikahnya.


Cabarannya ialah untuk mempertahankan ciuman ini hingga akhir hayat.

Tahniah Nafizi dan Zaliawati, semoga ikatan yang tersimpul akan membuahkan zuriat yang akan menyambung ibadah kalian kepadaNya di kemudian hari. 

28 Dec 2010

FarmVilla

Sejak ayah dan mak balik ke Perak, aku memang tiada peruntukan masa untuk membersihkan rumah mereka. Kadang-kadang sahaja datang menyapu dan mop apa yang patut di hujung minggu. Alhamdulillah isteriku berjaya menyiapkan projek mengecat rumah bulan lepas. Lalu aku membuat keputusan untuk memperuntukkan masa cuti akhir tahunku untuk membersihkan rumah mereka, atau lebih terperinci lagi hanya ruang bertanah di hadapan rumah. Sejak mereka tiada dah naik semak dan memang tidak senang mata memandang jika datang ke rumah.

Sebelum: Siap ada tiang katil.

Sebelum: Hampir menjadi ladang pisang.

Selepas: Barulah nampak rupa.

Selepas: Tiada lagi ladang pisang. Tetapi masih banyak di belakang rumah.

Penat rupanya mengerjakan tanah ni. Ini baru lagi kecil dari sekangkang kera. Berpeluh-peluh aku dalam renyai-renyai hujan. Tanah baru nampak lebih lapang dan rumput rumpai telah dikumpulkan setempat apabila Adam mula mencariku di rumah. Nampaknya terpaksalah sambung di kemudian hari. 

21 Dec 2010

Quotes : The Hurt Locker (2008)

You love everything, don't you? Yea. But you know what, buddy? As you get older, some of the things you love might not seem so special anymore.  And by the time you get to my age, maybe it's only one or two things. With me, I think it's one.

11 Dec 2010

Quotes : Give a man a fish

You don't give a man a fish to you feed him for a day, but you teach a man to fish and charge him for the lesson, sell him the fishing rod for a high price and don't buy his fish. 

19 Nov 2010

Adam Jatuh Longkang

Balik dari kerja, aktiviti biasa membawa Adam berjalan-jalan di luar rumah. Walaupun Adam baru mandi tapi dia tahu kalau aku balik dari kerja, mesti bawa dia berjalan, kecuali kalau dah lewat sangat. Adam paling suka kejar kucing di depan rumah, walaupun nenek marah. Tetapi hari ini kejadian tak diduga berlaku. Semasa Adam berjalan betul-betul di atas penutup longkang, lalu tanpa disangka penutup kayu lubang longkang itu terjatuh lalu membawa Adam sekali kedalam longkang. Aku dengan paniknya terus masuk mencapai Adam yang telah pun menjerit kesakitan. Aku tak dapat mengeluarkan Adam terus tetapi mujurlah nenek yang kebetulan nampak kejadian tu terus berlari mendapatkan Adam. Terus nenek memandikan Adam yang hitam separuh badan. Selepas pemeriksaan menyeluruh dibuat, Alhamdulillah, Adam tidak mendapat luka atau patah di mana-mana bahagian badan.


Adam meceritakan semula kejadian yang menimpa dirinya.


Pipi tembam yang merah akibat kejadian.


Penutup lubang longkang yang baru.


Keadaan longkang tempat Adam jatuh.


Jiran saksi kejadian, Pakcik Mat Nor berjumpa dengan mangsa. Ayah Chik sedang membuat penutup lubang longkang yang baru.

17 Nov 2010

Bunga Chinta Lestary


Bungan tanaman nenek, namanya Chinta Lestary


Model: Canon PowerShot A1000 IS
ExposureTime: 1/100"
Aperture: F2.7
Flash: Auto, Did not fire
ISO: 125
FocalLength: 6.2 mm
FocalLength35efl: 6.2 mm (35 mm equivalent: 34.2 mm)

Aidiladha 2010

Tahun ni korban setempat di buat betul-betul sebelah rumah depan klinik. Ada dua ekor lembu yang agak kecil jugak la. Lembu remaja kot, daging lembut sket.


Calon tunggangan syurga.


Semangat gotong royong.


Adam agak tidak teruja. Mungkin sebab masih tidak pernah rasa sop daging nenek yang lezat tu.

Selepas selesai acara korban, aku bersama isteri dan Adam ke rumah sahabat lama, Shukri di Tok Sira. Selepas itu bersama mereka ke rumah kawan lama jugaj, Adams di Mahkota Jaya. Selepas itu balik tido. Penat, tak sempat merasa sop lembu yang lezat itu.

13 Nov 2010

The Hangover


Jarang ada filem wayang gambar yang boleh membuatkan aku ketawa terbahak-terbahak dengan ikhlas. Tetapi filem ini membuktikan masih ada sinar di luar sana. Cerita kelakar yang bagus, tiada pengajaran yang boleh di ambil.

10 Nov 2010

Musim tengkujuh bermula



Model: Canon PowerShot A1000 IS
ExposureTime: 1/200"
Aperture: F2.7
Flash: Auto, Did not fire
ISO: 80
FocalLength: 6.2 mm
FocalLength35efl: 6.2 mm (35 mm equivalent: 34.2 mm)

6 Nov 2010

Adam

Adam sejak sebelum mencapai usia setahun telah pun pandai berjalan dan sejak itu dia tidak lagi berpatah balik ke belakang. Setiap hari semakin banyak perkembangannya dan sekarang sudah mula mahu main di luar dan sudah pandai pula merajuk jika kemahuannya tidak di turut. Adil sekiranya dikatakan aku memanjakan Adam kerana aku memang kerap menurut kemahuannya. Ya, aku memang tidak tahan dengan tangisannya dan rengekkannya. Pada aku apalah sangat dengan kemahuannya mahu didukung dan mengajak bermain di luar rumah, dan melihatkan Adam memilih aku daripada orang lain memang sesuatu yang berbaloi, walaupun akan memenatkan badan. Aku harap aku dapat bertegas dengannya suatu hari nanti.


Ini Adam bila merajuk. Sudah pandai gunakan lantai sebagai tempat minta simpati.


Ayah bagi dia keluar sebab tak tahan dengan rajukkannya. Adam pula tak tahan dengan hangar yang warna warni bila dapat keluar.


Akhirnya ibu letak Adam balik dalam rumah dan pasang pagar. 

5 Nov 2010

Deepavali

Rata-rata media elektronik dan cetak mengambil keputusan pilihanraya kecil (pru) Dun Galas dan Parlimen Sibu sebagai berita utama atau muka depan pada hari ini yang dimenangi oleh parti pemerintah. Selain itu berita mengenai banjir di utara dan timur negara juga menyulami ruang berita. Hanya selepas tengahari media elektronik menyiarkan berita mengenai sambutan Deepavali dari rumah terbuka ahli politik. Ya, hari ini negara bercuti umum menyambut Deepavali.

26 Oct 2010

Buku

Aku dilema apabila masuk ke kedai buku. Perasaan selalu bertindih antara kemahuan dan kemampuan. Selalu terlalu banyak yang di inginkan, tetapi hati juga prasangka akan kebagusan buku itu dan biasanya di putuskan oleh harga di belakang buku. Lalu membelek-belek buku menjadi suatu hobi, bagai window shopping bagi yang lainnya.

Hari ini sempat lagi membelek di kedai buku, lalu berkenan dengan yang empat ini. Mungkin calon bacaan tahun hadapan.


  1. Dunia Sama Rata (The World is Flat) oleh Thomas L. Friedman. Terjemahan Institut Terjemahan Negara Malaysia.
  2. Tapai oleh Hishamuddin Rais
  3. The Writer: The Early Years 1947-1972 oleh Tun Mahathir
  4. Dunia kartun oleh Muliyadi Mahamood 

Kenapa tahun hadapan? Sebab tahun ni aku dah azam untuk habiskan empat buku ni.




  1. Warkah Eropah oleh A. Samad Said
  2. Nota Hati Seorang Lelaki oleh Pahrol Mohd. Juoi
  3. Patah Sayap Terbang Jua oleh Abdul Samad Ismail
  4. As I was Passing oleh Adibah Amin

Harap azam ini dapat dicapai. Apa lagi buku menarik untuk tahun hadapan?

Rambut baru Adam


Tak tahan dengan garuan Adam setiap malam yang menyebabkannya tidak selesa tidur, kami (aku dan isteriku) memutuskan yang rambut Adam perlu di trim sedikit untuk membuatkannya lebih selesa. Lalu selepas balik dari bandar, terus aku bawaknya ke kedai hadapan. Selepas dua minit bertarung dengan ketakutan terhadap mesin gunting rambut, maklumlah pertama kali, sekarang Adam nampak lebih selesa kerana kepalanya sudah kurang berpeluh. Nampak lebih tembam juga.

25 Oct 2010

Adam ke Taman Bandar

Hari ini secara tidak dirancang aku membawa Adam dan sepupu-sepupunya ke Taman Bandar. Melihatkan Adam telah pun seronok berjalan, sudah tiba masanya aku membiasakannya dengan suasana luar, tidaklah asyik terperap di rumah sahaja.


Seronok naik jongkang jongket ni.


Cuba gelongsor pulak. Macam takut-takut je.


Jalan-jalan. Panjat-panjat.


Kadang-kadang ayah kene pegang jugak.


Nenek duduk-duduk aja. Tengok cucu main.


Satu Malaysia di Taman Bandar.


Ibu pun ada rupa-rupanya. Adam tak perasan sebab asyik main je.


Tiga beradik ni pun ada jugak.

23 Oct 2010

Hari tanpa beg plastik


Setiap hari sabtu merupakan hari tanpa beg plastik, sekurang kurangnya diamalkan di setiap pasaraya besar. Kebetulan hari sabtu juga merupakan hari yang paling convenient untuk keluar berbelanja, maklumlah hari cuti paling dekat dengan hari gaji. tapi annoying giler kalau tak ada beg plastik. Dari kompleks membeli-belah boleh la pakai troli. Tapi dari kereta nak masuk dalam rumah? Hmm. Walaupun begitu aku tidak merungut menjalankan part aku dalam mengurangkan penggunaan beg plastik ni. Tapi pada pendapat aku, cara ini hanya menguntungkan peniaga sahaja dan tiada impak besar kepada persekitaran. hanya pengguna memainkan peranan dengan tidak mendapat beg plastik, peniaga pula jimat beg plastik. Yang terbaik ialah peniaga membekalkan beg kertas atau beg biodegradable setiap hari sabtu, barula belakang oriana tak penuh macam ni.

21 Sep 2010

Wasap dari menara

Sempat amik gambar ni semasa balik kerja. Jarang terjadi sejak berada di Gebeng ni.

IMG_4417
IMG_4418

15 Sep 2010

Market pekan Parit Buntar

Pagi-pagi lagi aku sudah berkira untuk membawa Adam mengikut Tok Wan dan Mak Tok mencari sarapan di pekan Parit Buntar. Hampir seminggu Syawal berlangsung dan kemeriahan Syawal telah pun reda di kalangan pengunjung rumah ke rumah, mungkin di sebabkan yang lain juga telah kehabisan hidangan yang boleh di jamu kepada tetamu, seperti kami yang perlu mencari sarapan di luar sana.

Tok wan membawa kami ke Pasar besar di Pekan Parit Buntar ini. Cuaca yang redup memudahkan suasana meriah pasar ini dinikmati oleh lensa kamera sambil mendukung Adam. Walaupun tidak masuk ke bahagian dalam pasar yang menjual barangan basah seperti ikan dan sayur, kemeriahan tetap terasa di bahagian luar yang menjual makanan. Rata-rata yang berjualan adalah melayu dan cina yang kedainya terbahagi dua bahagian.

Mak tok membeli nasi lemak, mee goreng dan sedikit lauk untuk tengahari.


Best lagi van Tok Wan, boleh main gear.


Gerai surat khabar. Khabarnya sukar mendapatkan NST di sini, kecuali di gerai ini.


Pasar Parit Buntar. Hadapannya meriah dengan jualan sarapan.


Restoran melayu di sekitarnya masih belum di buka. Jadi ramai yang membeli untuk tengahari juga.


Bahagian yang menjual makanan yang dikeluarkan oleh kaum Cina.


Adam leka memerhati suasana. Ayah sempat candid aksinya.

Berjualan sayur dan pisang kecil-kecilan.


Kemeriahan pagi.


Kemeriahan pagi dua.

10 Sep 2010

Menyambut Perayaan Cara Islam dan Sunnah Rasulullah

Untuk bacaan lanjut layari laman Ustaz Nor Amin



  • Bertakbir
  • Lafaz Ucapan Selamat Pada Hari Raya Aidilfitri
  • Meneruskan Qiamullail
  • Mandi Pada Pagi Hari Raya
  • Makan Sebelum Solat Aidilfitri
  • Memakai Pakaian Yang Indah
  • Berjalan Kaki Menuju Tempat Dikerjakan Solat Hari Raya
  • Mengikuti Jalan Yang Berbeza Ketika Pergi Dan Kembali Dari Mengerjakan Solat Hari Raya
  • Mengerjakan Solat Aidilfitri
  • Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri
  • Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

9 Sep 2010

Persiapan raya

Selepas pakcik tu bagitau bila boleh raya, kami berasa amat lega. Masih ada sehari lagi untuk persiapan. Nampaknya kalendar masih boleh dipercayai. Lalu siangnya bermula persiapan untuk raya. Di rumah Mak tok ni yang paling utama ialah persiapan makanan. Lain semua dah ok. Tahun ini ibu belajar buat ketupat dengan Mak tok.


Beras pulut separuh masak.


Skill menganyam ketupat pulut. Tekun ibu melihat tunjuk ajar Mak tok.


Hampir menjadi bentuk bunga raya. Cuba lagi ibu. Cayok!



Akhirnya berjaya. Syabas ibu!




Adam juga tidak lupa membantu. Dengan menunjukkan aksi comel.


Saya mengemas di bawah meja.


Hari terakhir di Pasar Ramadhan Simpang Lima Parit Buntar.


Sri Gandus. Tak pernah jumpa lagi ni. Kene beli ni.


Try nak buat macam Kertesz's 'Meudon', tapi macam tak jadi je. Actually ni jalan masuk ke pasar ramadhan tadi.