title

1 Jan 2010

Azam 2010

Tahun baru azam baru, secara amnya tahun ni semestinya nak jadi lebih baik dari tahun lepas. Yang lebih terperinci :

Keluarga dan kawan-kawan

  • Aku nak lebih dekat dengan keluarga. Lama aku tak kol adik aku kat perak, makteh kat kedah, tahun ni mesti lebih kerap kol depa, at least sebulan sekali. Aku juga nak ingat dan wish setiap setiap ahli kelurga selamat hari lahir. 
  • Nak lengkapkan salasilah keluarga dari moyangku sampailah ke cicit mereka.
  • Kalo aku ada kat umah, mesti nak bawak Adam jumpa maktok dia, maklumlah kalo jadi perancangan maktok, lepas Luqman habis semester ni depa akan balik semula ke Parit Buntar.
  • Untuk Susilawati dan Adam Fahri, tiada SMART azam untuk mereka cuma mahu luangkan semua masa yang ada, untuk mereka berdua. Untuk Adam, ayah dan ibu akan bukakan akaun simpanan untuk Adam dan akan masukan sejumlah deposit tetap untuk kamu. 


Kerja
Aku mahu lebih cekap dalam kerja ku. Awal tahun ni sudah dapat cabaran baru, kene jaga dua site serentak dan juga tolong helpdesk. Aku sudah lupakan disappointment tahun lepas, aku just mahu moving forward. Ikutkan situasi ekonomi sekarang adalah mustahil untuk ku cari pengalaman baru di tempat baru, atau aku tak cukup berani untuk itu.Walaupon ini azam yang paling tak SMART, aku kira aku berjaya jika dapat penarafan yang lebih baik dari tahun lepas.

Kesihatan
Aku akan teruskan beberapa usaha yang telah mula dibuat tahun lepas dan akan tambahkan lagi satu dua untuk tahun ni dan kekalkannya. Aku kene fikirkan bagaimana nak imbangkan kerja dengan kesihatan kerana risiko kerja aku sekarang ialah pengabaian kesihatan.

  • minum air seliter sehari
  • ambil vitamin
  • tido cukup,
  • exercise - Kene beli kasut sukan lagi satu sebab yang lama dah bi beri kat luqman, cadang seminggu sekali nak jogin kat taman bandar.
  • lupakan kerja bila abis office hour.
  • bangun awal.Target semasa azan subuh dah bangun dah.
  • Derma darah sekurang-kurangnya sekali tahun ini.


Blog
Tahun lepas adalah antara tahun aku paling sikit menulis kat blog ni. tahun ni azamnnya ialah posting sebulan sekali dan akan cuba kurangkan posting pasal diri sendiri yang orang tak boleh ambil pengajaran darinya.

Agama
Ke masjid depan rumah untuk solat fardhu setiap waktu setiap kali balik ke kuantan. Solat Dhuha setiap hari. Target sudah menjadi amalan harian selewat-lewatnya suku akhir 2010.

Hobi
Nak lebih banyak membaca dan output dari pembacaan tersebut. antara pekara yang boleh ditulis dalam blog nanti. Target tahun ni 4 buku.

Cabaran Meri
Dapatkan lesen motor. Cabaran besar sebab aku langsung tak tahu bawak motor sekarang ni.

No comments: