title

26 Feb 2010

KHUTBAH WIDA'


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. 

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.

“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3) -Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida'

14 Feb 2010

Rengit

Esoknya memenuhi agenda penting balik ke Batu Pahat iaitu ke pekan Rengit, atau dengan lebih terperincinya ke bazar barangan terpakai. Tempat ni adalah tempat kemestian angah sekeluarga bila sampai ke Batu Pahat ni.
Barang-barang yang dijual di sini semuanya barang-barang terpakai dari Singapura. Macam-macam ada, untuk orang macam aku ni boleh la di umpamakan seperti Lowyat untuk barangan terpakai. Tapi aku sekeluarga datang nak tengok-tengok je, tak terniat nak beli apa-apa.

Sinki ada, tak sampai RM50 seunit.

Ibu cari mainan untuk Adam, tapi takde yang berkenan.

Yasmin dan Nani cari mainan mereka sendiri.

Adam nak apa yang Hadi pegang tu. Kipas-kipas kat sebelah tu RM20 je.

Stroller-stroller berjenama.

Satu Tv ni harganya RM500 sahaja.

Tak ada orang beli, takpa, buang je tepi kedai.

Mak cik ni n anak-anaknya cari tin kosong.

13 Feb 2010

Adam dan ayah pertama kali ke Batu Pahat




Balik ke Batu Pahat kampung kelahiran ibu bapa mertuaku, juga merangkap kampung isteriku walaupun dia tidak lahir disini dan juga tidak pun menganggap dia orang johor lagi. Tujuan utama nak tunjuk Adam Fahri pada moyangnya dan aku pula pertama kali balik ke Batu Pahat sejak bersama keluarga isteriku.
Perjalanan bermula pukul sebelas dengan aku ditemani Akim di depan dengan Adam dan ibunya di belakang, supaya Adam boleh tidur dengan selesa sepanjang perjalanan. Ini lah pertama kali aku berpejalanan ke Batu Pahat, perjalanan kali ini bersama semua ahli keluarga isteriku kecuali keluarga Lili yang bercuti di Langkawi. Dalam berjalanan singgah sebentar di Segamat untuk makan tengahari yang rupanya amat mencabar dek kehadiran Adam Fahri. Makan di dalam kereta kerana suasana yang panas dan kesesakan orang ramai yang pulang ke kampung dan sama-sama mahu makan di McDonalds. Terasa sangat sempit dan keadaaan begitu kucar kacir sekali. Namun begitu perjalanan di teruskan jua sehingga ke Kampung Bintang, Peserai, Batu Pahat. Sampailah kami dalam pukul empat petang.


View Larger Map


McDonalds Segamat yang kurang dipercayai kewujudannya.



One happy family at home kat depan rumah Tok Yang

Depan rumah Tok Yang

Kiri hadapan rumah Tok Yang


Kanan hadapan Rumah Tok Yang

Petangnya ikut Angah sekeluarga ke Minyak Beku, pantai dekat Batu Pahat itulah. Perjalanan agak jauh dengan keadaaan jalan yang bersimpang siur seakan jalan ke Genting Highlands, cuma tak sejuk je, disini ada kawasan bersejarah tempat nama Batu Pahat bersempena. Kononnya Nama 'Batu Pahat' dipercayai berasal daripada peristiwa misteri penemuan Perigi Batu Pahat yang dikatakan dipahat oleh tentera Siam yang diketuai oleh Awi Dicu. Perigi ini dipercayai dipahat dari atas sebiji batu bagi mendapatkan sumber air untuk tentera Siam semasa perjalanan mereka menyerang Kerajaan Melaka pada tahun 1456 ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.
Sampai di Minyak Beku dah senja, dah tak ada apa-apa dah si sini, sempat ambil gambar matahari senja je.



Aksi Adam


Adam dan Ibu menikmati sunset.

Sunset di Pantai Minyak Beku.

 
Depan tugu Batu Pahat.

Malam, tido ramai-ramai di ruang tamu.

Bentang tilam ramai-ramai di ruang tamu.


Hari ini Adam Fahri penat berjalan jauh kesana kemari, jadi sekarang mahu tidur dulu.