title

20 Mar 2010

Adam dan ayah

 Pagi-pagi lagi ibu dah pergi kerja, walaupun hari Sabtu. Nenek pulak nak pergi rewang kenduri kat rumah jiran. Adam pagi-pagi lagi dah bangun, sekarang memang bangun awal dia ni. Nampaknya ayah la kene jaga dia pagi ni.


Pagi-pagi lagi dah bagi Adam makan Cerelac dia. Begitu comot sekali sebab tu la kene bagi makan sebelum mandi. Nampak macam tak begitu memberikan kerjasama semasa makan ni. Mungkin masih selesa ngan susu atau pun bila nampak ayah ni nak main je.


Pastu terus je ayah mandikan, jarang-jarang sekali ayah mandikan Adam ni. Sebab biasanya ibu, nenek atau pun mak tok yang mandikan Adam. Tapi berjaya juga walopon basah-basah dan sakit-sakit bahu ayah menahan Adam yang melompat-lompat dalam tab mandian dia.


Dah mandi, dah kenyang, masa untuk tidur. Di sebabkan buaian letrik dia dah rosak, maka ayah kene buaikan dia manually (dengan izin) lah. Macam ni la pagi-pagi pon setiap hari.


  
Lepas tu barulah ayah boleh kemas kan cawan Adam dan tempat mandiannya.

Aktiviti ni nampak mudah, tetapi bila dibuat baru la terasa payah nya. Penghargaan ku pada nenek yang menjaga Adam setiap siang hari semasa ayah dan ibu  keluar bekerja, ibu semasa hari-hari cutinya di rumah dan mak tok yang menjaga Adam bila di ambilnya.

No comments: