title

30 Mar 2010

Nota hati seorang anak

Hari ini aku balik tepat pukul lima petang, bukan sebab keje dah abis atau dah jemu ngan keje, tapi kene cepat melawat isteriku di kedai tayar. Tayarnya pancit tertusuk paku.

Bila pulang awal ke rumah maka semua urusan diri dapat di kerjakan cepat juga. Selepas maghrib aku masih ada masa terluang, lalu aku mencapai buku hadiah hari lahir dari adikku. Baru sempat baca pengenalannya selama selepas aku menerimanya.

Muka demi muka aku membacanya, semakin lama semakin lambat aku menyelak helaian buku itu, lalu selepas empat belas muka surat, aku langsung berhenti, tak sanggup lagi aku membacanya. Aku menangis, ya, aku menangis membaca buku ini. Langsung teringat pada kedua ibu bapa ku. Ayah, mak, abang tak pernah beritahu betapa abang berterima kasih kepada ayah dan mak kerana membesarkan dan mendidik abang sampai abang jadi seperti abang pada hari ini. Tangisan aku tak la sampai terdengar pada anak isteri ku. Tak mahu mereka tahu apa yang terjadi padaku.

Bahagian dalam buku ini yang terkesan dalam jiwaku

Semakin tua, suaranya semakin kurang didengari. Mereka tidak ada cerita baru, hanya cerita lama. Seluruh tenaga, kelebihan dan semangatnya telah habis diperah untuk kita.

Aku sayang ayah dan emak ku.

Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

No comments: