title

14 Mar 2010

Nota Hati Seorang Lelaki



Aku ini pemilih orangnya, walaupun ada pekara-pekara yang aku telah kaji dan teliti, namun untuk aku membuat keputusan untuk memilikinya amat sukar. Namun hikmah datang dalam bentuk yang paling kita tidak sangka.
Contohnya seperti hadiah hari lahir yang ke tiga dekad dari adikku Mardyahwati, bersempena dengan itu dihadiahkan ku Nota Hati Seorang Lelaki. Buku ini telah aku baca reviewnya dan dah  belek di kedai buku namum hati tak terlintas untuk memilikinya. Tapi takdir Allah mahu jua menemukan aku dengan buku ini.
Buku yang penuh dengan hikmah, aku baru membuka helaian pengenalan tapi dah ada pekara yang boleh dipelajari.
Kepada mereka yang dah merencana untuk membeli buku ini, jangan tangguh-tangguh lagi. Buku ini memang berguna untuk menasihati hati.
Kepada adikku Mardyahwati, terima kasih.



Tidak mahu memberi spoil kepada yang berkeinginan untuk membaca buku ni, aku hanya titipkan ringkasan apa yang aku pelajari dari episod pengenalan buku ini.

Tinta Penerbit


  • Ujian adalah didikan langsung dari Tuhan.
  • Allah mendidik kita melalui :  
  • Kesusahan dan cercan. Mengajar erti sabar
  • Kesenangan. Mengajar erti syukur
  • Pujian. Mengajar merendah hati.
  • Sentiasa ada maksud tersirat dalam setiap ujian.
  • Jangan mengeluh dengan ujian tetapi jangan juga beralah.Hati mesti tunduk dan akal cari jalan.
  • Jangan memberontak dengan ujian, tetapi akurlah pada takdir yang mengatur tadbir
  • Jadilah lelaki yang menjadikan akidah sebagai jati diri, syariat sebagai kompas hidup dan akhlak sebagai senjata diri.
  • Tidak cukup dengan menjadi baik, tetapi berikanlah kebaikan.
  • Hapuskan dendam, iri hati dan marah.


Tinta pengarang


  • Untuk menuntut ilmu, mesti merendah hati
  • Melakukan kesalahan dan kesilapan adalah bukti kita ini adalah manusia
  • Selalulah memohon taufik dan hidayah dariNya
  • Sebagai anak, redha Allah terletak pada kedua ibu bapa
  • Sebagai suami, redha Allah terletak pada betapa baik pergaulan dengan isterinya
  • Sebagai bapa, redha Allah terletak pada betapa baik dia mendidik anak-anaknya
  • Jika tawaddu', anda boleh belajar bukan saja dari orang baik, malah dari orang yang jahat atau dungu.

No comments: