title

2 Apr 2010

Nota Hati Seorang Lelaki - Nota Hati Seorang Anak

Nota Hati Seorang Anak - Nota 1

Cerita mengenai seorang anak yang mengharumkan nama bapanya selepas dia meninggal.

Jalan keselamatan untuk seorang ayah - doa anak yang soleh.
Bukti keadilan Allah - Dosa dan pahala tidak boleh diwarisi. Namun begitu didikan ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam membentuk peribadi anak-anak.

Nota Hati Seorang Anak - Nota 2

Bab ini menceritakan "rahsia perniagaan" yang jarang diperkatakan ahli korporat yang berjaya.
Cerita pengajaran mengenai pentingnya memenuhi permintaan ibu bapa.

Ibu bapa bukan beban untuk anak-anak.
Rugilah kepada yang mempunyai ibu-bapa tetapi mengabaikannya.
Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.

Doa mereka mustajab.
Harapan mereka kenyataan.
Kasih mereka bekalan.

Memberilah.

Nota Hati Seorang Anak - Nota 3

Bab yang paling menyentuh hati. Aku menangis apabila membaca Pendengar Cerita Lama.

Rindu pudar seiring usia? Semakin tua, insan menjadi semakin sunyi. Dan semakin sunyi, hati akan jadi semakin rindu. Rindu pada orang yang tersayang.

Nota Hati Seorang Anak - Nota 4

Kisah anak lelaki sulung makan ketupat bersama emak di hari raya.

Memberi lebih menggembirakan daripada menerima.

Nota Hati Seorang Anak - Nota 5

Mengenai malam raya, perbualan antara adik dan kakak mengenai pengorbanan ibu bapa mereka sewaktu raya.

Pengisian malam raya dengan tasbih, tahmid dan takbir. Taubat dan munajat. Zakat fitrah dan sedekah.