title

23 May 2010

Blog Pantas : Kasih Abang


Sedang melayari internet apabila nampak gambar ini disini. Lalu katakan pada diri harus postkan gambar ini di blog. Tidak ada banyak maklumat pada gambar ini umtuk menyatakan siapa, dimana, bila dan kenapa. Carian google (kasih abang) di internet juga tidak menghasilkan keputusan yang dimahukan. Tetapi berjumpa juga blog-blog yang memaparkan gambar yang serupa dengan isian yang menyentuh perasaan juga.

Doaku pada Allah, semoga kedua mereka ini dilindungi olehMu.

21 May 2010

Adam Fahri tujuh bulan

Hari ini Adam telah menjangkau usia tujuh bulan.

Kemajuan Adam setakat ini :
Merangkak cepat.
Memanjat sekeliling perabot.
Mencapai dan berpaut.
Mengigau malam.
Sudah sedar akan ibu dan ayah keluar kerja setiap pagi.
Sangat aktif dan sudah pandai demam juga. Mungkin mahu tumbuh gigi.



Still our pride and joy. Alhamdulilah.

14 May 2010

Blog pantas : LALAI DENGAN YANG BANYAK - harta, anak isteri dan pangkat?

Salam sahabat-sahabat,

Kita sering lalai dan lupa bila mendapat kesenangan dan memiliki harta yang banyak.
Kita lupa nak ke mesjid solat berjamaah, malas membaca al-Quran, kedekut nak bersedekah, malas menyampaikan ajaran Islam dan macam-macam lagi.

Setengah tu pulak dengan kekayaan itulah mereka buat maksiat, berjudi, minum arak, berfoya-foya dengan betina, mendedahkan aurat, tak solat dan bagai-bagai lagi kejahatan maksiat.



Baca lagi disini

13 May 2010

Aku Top 811 juta orang terkaya di dunia!

Aku terjumpa laman ni masa merayau-rayau di internet tadi. Macam menarik. Masukkan pendapatan tahunan aku dan wahhhh..Bersyukur dapat melihat diri dari perspektif ini. Nampaknya aku ini bukanlah orang yang susah. Syukurku pada Allah.


 Masukkan pendapatan tahunan dalam bentuk USD,Pound,Yen Canada Dollar atau Euro sahaja. Boleh convert matawang kat sini Google Currency converter.
Ada juga sedikit info.

12 May 2010

Blog pantas : 4 tanda

dari Abang Amin iPerintis

4 ALAMAT ORANG BERIMAN:
1. Meninggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan hukuman


4 TANDA ORANG BERAKAL:
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya 

9 May 2010

Adam enam bulan


Enam bulan selepas kelahirannya, Adam kini semakin bersemangat menerokai dunianya. Walaupun penerokaan hanya banyak tertumpu di dalam rumah, namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mengenali dunia persinggahannya ini. Kini dengan kemahiran memanjat, tiada apa yang dapat menghalangnya lagi, kecuali jika terhantuk di dahi atau rahang.