title

28 Jun 2010

Adam's First Cut

Adam seorang yang lasak. Pada peringkat pembesarannya sekarang, Adam sangat suka "explore" dengan memanjat sana sini. Tiada apa yang menakutkannya untuk mencuba. Tiada apa yang bahaya baginya. Namun itu bukan alasan untuk Adam mendapat luka. Adam telah biasa sebenarnya terhantuk sana sini. Lantai paling kerap memangsakan kepalanya. Tetapi pada malam ini, pertama kalinya Adam mendapat luka, menitis-nitis  darahnya. Ayah dan ibu panik. Buat segala yang patut untuk merawat Adam. Tangisnya  sampai ke jalan depan rumah. Ayah dan ibu panik lagi. Akhirnya pendarahan terhenti. Adam tenang kembali. Selepas lima minit Adam kembali memanjat. Di meja televisi tempatnya terhantuk tadi.


Luka Adam.


Matanya.


Masih dalam proses pemulihan.

27 Jun 2010

Tumblr

I'm experimenting with Tumblr. Visit my Tumblr page here.

17 Jun 2010

Sushi Hari Bapa

Hari bapa datang awal untuk ku tahun ini. Pada mulanya isteri ku mahu menjadikannya supplies tetapi ketajaman mataku telah menampakkan brosur Big Apple "sushi" ini di dalam beg tangan isteriku beberapa hari yang lepas. Lalu apabila tiba sahaja sushi itu pada hari ini, perut ini tidak lagi dapat menahan gelora nafsu makan.


Tetapi yang pertama sekali bersedia sudah tentu Ayah Chu.


Warna warni segala bagai. Yang tengah tu asalnya ada bekas coklat cair.


Pose menarik dari Sushi Epal Besar.


Adam : Saya pon suka makan coklat juga. 


Uncle Ami datang lagi untuk menawan hati Adam. Lihat riak ketakutan pada wajah Adam.


Terserlah ketakutan di wajah Adam walaupon banyak kali Uncle Ami datang rumah. Lihat juga imejan nenek di cermin.


Pose-pose menarik dari Adam selepas Uncle Ami blah. Adam memang cepat perasan digicam dan terus mahu memegangnya. 



6 Jun 2010

Nota Hati Seorang Lelaki - Nota Hati Seorang Suami

Nota Hati Seorang Suami - Nota 6

Mengisahkan seorang wanita yang mengadu ditinggalkan suami.

Bila kita berhenti belajar, kita berhenti memimpin.
Jika suami kita tidak sebaik Nabi Ibrahim, belajarlah menjadi sebaik Siti Hajar.
Menyimpan perasaan dendam, marah dan kecewa kepada seseorang hanya akan membenarkan dia menghancurkan hidup kita berkali-kali.
Berapa ramai wanita yang meneguk air zamzam tanpa meneguk ibrah daripada wanita yang mula-mula menyentuh air itu?

Nota Hati Seorang Suami - Nota 7

Bab ini menceritakan Rasulullah S.A.W sebagai seorang suami. Mengandungi kisah Rasulullah yang tidak menyusahkan isterinya dalam membuat pekara-pekara kecil seperti menjahit sepatu dan baju yang koyak, tidak mengganggu isterinya yang sedang tidur bila pulang lewat, redha apabila tiada apa yang boleh dimasak di rumah dan beriadah bersama isterinya.Rasulullah juga mendengar nasihat dan usul daripada isterinya.

Nota Hati Seorang Suami - Nota 8

Masih sayang kekasih lama walaupun telah berumahtangga dan mempunyai anak? Jika ya, baca kisah ini.
Cinta bukan tuhan. Jangan tunduk padanya.
Cintakan Allah cinta utama, jika cintakan Allah, cinta lain akan tunduk padaNya.
Ilmu kita terbatas, ilmu Allah Maha Luas. Tak terjangkau akal kita kepada hikmah Allah yang tersirat.

Memberilah.

Nota Hati Seorang Suami - Nota 9

Bab mengenai komunikasi. Komunikasi bukan sekadar mendengar dengan telinga, malah dengan mata hati.
Memberilah. Penuhi kemahuan pasangan sebelum kita. Keperluan dari segi fizikan, fikiran, hati dan perasaan.
Senyum bila berdepan dengan suami. Peluk isteri setiap hari.

Nota Hati Seorang Suami - Nota 10

Ramai suami yang baik, tidak memilih jalan singkat dan jahat untuk menyelesaikan masalah seperti simpan perempuan atau cari pelacur. Ada juga yang ingin mencari jalan baik seperti berpoligami tetapi tidak berani (atau tidak sampai hati) berdepan dengan isteri. Ada yang terus memendam rasa.

Sentiasa ada jalan yang baik untuk menyelesaikan masalah. Yang penting, komunikasi.

Yang salah pada suami ialah tidak melihat kecantikan isteri. Mencari kecantikan isteri ialah pada hati dan jasa yang telah di sumbangkan, kesetiaan yang tidak pernah pudar.

Jika kita baik, pasangan pasti akan baik. Bila hati baik, pasti akan cantik selamanya.

Nota Hati Seorang Suami - Nota 11

Bab cemburu. Ramai yang cemburu pada pasangan. Cemburu tanda sayang, tapi sayang pada siapa? Ramai yang cemburu bukan kerana sayangkan pasangan tapi kerana sayang pada diri sendiri.

Nota Hati Seorang Suami - Nota 12

Berkahwin itu seronok, tapi bukan untuk berseronok.

Perkahwinan perlu disempurnakan dengan tanggungjawab. Pasangan atau anak-anak adalah amanah.

Hargailah perkawinan. Bila kita tidak menghargai, kita tidak akan dihargai. Orang yang pertama mendapat manfaat daripada satu kebaikkan ialah orang yang melakukannya.

Jangan bimbang tidak dihargai manusia, tetapi bimbanglah menjadi tidak berharga di sisi Allah S.W.T.

Nota Hati Seorang Suami - Nota 13

Hubungan lelaki dan wanita adalah saling memerlukan. Bila wanita rosak, itu petanda lelaki rosak, bila lelaki rosak itu petanda wanita rosak. Kembalilah kepada peranan masing-masing untuk melindungi dan rela di lindungi.

Nota Hati Seorang Suami - Nota 14

Wajib seorang suami memberi nafkah yang halal untuk keluarganya. Maksud nafkah yang halal termasukkan setiap sen yang diperolehi mestilah dari jalan yang di redhai Allah dan tidak bercampur pekara shubhat. Di dalam bab ini diperincikan sehingga setiap saat yang kita dibayar gaji hendaklah digunakan sepenuhnya untuk berkhidmat kepada majikan.

Nota Hati Seorang Suami - Nota 15

Ilmu cuaca rumah tangga tidak hanya boleh dipelajari, ia perlu di rasai. Dalam merasai keseronokkan berumahtangga, janganlah berlebihan kerana cinta pasti di uji dan ujian itu akan datang dari pasangan kita yang paling kita cintai. Wajah sebenar pasangan akan muncul dan ini boleh di tangani jika kita dapat meramalkan cuaca rumahtangga untuk persediaan.

Nota Hati Seorang Suami - Nota 16

Dalam doa makan, kita memohon keberkatan rezeki dan kehindaran daripada api neraka. Makanan yang berkat sedikitnya mencukupi, banyaknya di kongsi, menghindari dari penyakit lahir, memberi tenaga untuk beribadah.
Usaha keberkatan, Pilih makanan yang halal dan bersih, jangan berlebihan, kunyah dengan betul, berhenti sebelum kenyang.
Tanda makanan tidak berkat, selepas makan malas beribadah, timbul penyakit.

Isteri yang berkat adalah isteri yang solehah. Bukan sahaja tumpu untuk mendapatkan isteri yang berkat, tetapi juga menjadikan isteri yang berkat juga penting.

Berkat itu bukan suratan tapi perjalanan.