title

10 Jul 2010

Adam ke Kuala Terengganu kali kedua

Hari ini Adam ke Kuala Terengganu lagi, kali ini untuk hantar Pak su Luqman daftar UniSZA. Tapi Adam tak pergi terus ke UniSZA. Adam singgah dulu di mercu tanda KT, Stadium Runtuh.

Stadium Runtuh, Kuala Terengganu,  Terengganu Darul Iman. 

Kerajaan Negeri kata nak bersihkan runtuhan ni, sebab tu saya datang awal-awal ni. Nanti dah bersih takde lagi mercutanda ni. Ayah kata walaupon orang yang buat runtuhan ni masih belum di dakwa, tapi itu bukan alasan untuk saya buat sepah di rumah. 


Ayah yang memandu, saya tolong pegang stereng je.


Pak su nak bawak saya masuk dalam stadium tu, tapi saya tak nak.


Saya suka lagi duduk dengan tok wan dan mak tok.


Pasukan rumah Adam.


Penat tau tengok runtuhan stadium tu. Terus saya jadi lapar. Saya mengamuk lapar dalam kereta, sebab tu sampai je kat UniSZA ibu terus bagi makan sementara tunggu pak su daftar asrama.


Saya tengah pikir nak masuk U atau Maahad Tahfiz atau Sekolah pondok. Senang sikit pikir selepas makan.


Tak pon saya duduk je ngan Tok Wan. Buat kebun.


Tak abis lagi pikir nak belajar di mana, ayah bawak kami pergi Masjid Kristal. Masa ni Pak Su dah abis daftar. InsyaAllah masa raya nanti saya jumpa Pak Su balik.


Ni di depan Masjid tu. Saya lupa nak bawak kopiah saya. Ayah pon sama.


Masjid yang besar gah tersergan indah. Saya suka. Saya terpikir yang jadi arkitek pulak.


Bulu mata saya naik lentik bila saya berfikir.


Tiba-tiba Ibu kata "biar ibu buat fikirkan tentang pelajaran kamu, sekarang ni kamu ambil gambar dengan ibu dulu"
Betul juga kata ibu. Saya ada banyak lagi benda yang perlu difikirkan (main, tido, makan, belajar berdiri,memanjat).


Saya terperasan sesuatu.


Masjid ni besar, cantik. Tapi kotor amat. Saya yang kecik ni pon dapat lihat.



Ada tulisan di cermin itu. Apa dia tulis? Saya masih belum boleh membaca.


Ayah kata itu tandatangan pengunjung bertuah. Tandatangan tu telah di buat pada tahun 2009. Maknanya cermin ini telah tidak di bersihkan sejak tahun 2009 lagi. 



Dari sini pon jelas kelihatan kotornya. Saya terfikir pula untuk menjadi ahli perniagaan khidmat cuci. Tetapi ayah kata saya perlu kabel besar dan baik dengan menteri besar. Nampak macam susah je.


Saya terpikir pula untuk jadi menteri besar. Susah tak? Tapi ibu marah saya saya pikir banyak-banyak. Dia suruh saya ambil gambar saja.


Dari masjid kristal kami ke Pak Su kerepok lekor. 


Selain dari menjual pelbagai jenis keropok dari serata Terengganu, ikan masin juga turut di jual. 


Lihat mata saya juga menjadi besar apabila berfikir. Tapi saya fikir senyap-senyap saja. Nanti dimarahi ibu.


Makcik-makcik sedang membuat keropok. 



Ibu membeli begitu banyak sekali.


Ibu nampak gembira selepas membeli.  Saya suka. 


Ikan kering di tepi kuburan. Saya kurang suka.


Pulang dari KT, kami singgah di rumah ibu saudara saya di kerteh. Di sana ada akuarium. Saya nak masuk bagi makan ikan-ikan tu. Tapi Tok wan tak bagi.


Bestnya "jalan-jalan" kat umah ibu ni.



Saya suka. Nak-nak lagi bila ayah ambil gambar saya.

Kami bertolak semula ke Kuantan selepas singgah untuk mandi dan solat. Ayah kata saya dah tidur pun masa sampai rumah nenek. Bestnya dapat gi jalan-jalan. Saya kena fikir lepas ni nak pergi mana pulak, bila ibu dah pergi kerja.




No comments: