title

20 Aug 2010

Ramadhan : Nostalgia tahun lepas

Tahun lepas aku masih berpuasa gaya bujang. Demi tugas, terpaksa meninggalkan isteri dan keluarga. Apabila berpuasa bujang ni, biasanya juadah berbuka dan bersahur beli sahaja. Sama dengan teman-teman serumah yang lain, jika tiada yang sudi memasak. Walaupun begitu, kebiasaannya kami akan berkumpul ramai-ramai berbuka bersama. Makanan yang di letakkan di atas meja itu kami kongsi jamah sorang sedikit apabila laungan azan kedengaran  dari surau atau masjid berhampiran.
Namun nak di jadikan cerita, tiba satu hari tu kami langsung tak dengar azan.  Semua orang sudah gelisah kerana sudah lama menunggu dan dirasakan terlalu lama dari biasa. Masing-masing tak tahu waktu sebenar berbuka pulak tu. Ada cadangan supaya bukak radio tempatan tetapi semua tak tahu frekuensinya pulak.
Akhirnya semua berbuka ikut waktu berbuka ibu kota, yang lebih lewat dalam enam ke sepuluh minit, ehsan khas dari saluran televisyen tempatan melalui perkhidmatan televisyen satelit berbayar.
Selepas berbuka, semua orang bercakap slang ibu kota.

Post mortem mendedahkan supaya semua orang (teman serumah) :

  • sedar akan frekuensi radio tempatan
  • sedar akan jadual waktu solat di bilik di tingkat dua
  • jangan lagi nganjing muazzin bila dia azan lewat sedikit. Bila kita tak dengar dia tak azan langsung, kita jugak susah.

11 Aug 2010

Ramadhan

Kali ini menyambut Ramadhan di Kuantan bersama mertua, isteri dan anak. Pengalaman pertama jua. Cabaran kali ini untuk mengimbangkan ibadah sendiri bersama isteri dengan menjaga Adam. Betapa aku ingin sentiasa ke masjid tetapi harus jua adil untuk isteriku bertarawih juga. Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk beribadah kepadaMu.

Bacaan menarik sempena Ramadhan

Post tahun lepas

Fotografi Ramadhan

PUASA........iman dan taqwa

Kekeliruan Tentang Solat Tarawih

Perutusan Ramadhan 1431 buat Pemuda

A Quick Preparation Guide For Ramadhan

HADITH-HADITH DHA'IF TENTANG RAMADHAN

Perutusan Ramadhan Al-Mubarak oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Lim Guan Eng

7 Aug 2010

Keramat kasih sayangmu

MakTok dan Tokwan telah bersama Adam sejak sebelum Adam lahir lagi. Penat pindah ke Perak masih belum habis, mereka kembali ke Pahang untuk menyambut cucu pertama mereka. Sejak itu, kasih sayang mereka tumpah sepenuhnya pada Adam. Walaupun hanya siang dapat bersama cucu, namun mereka tidak pernah merungut, kasih sayang tetap diberikan. Selama sepuluh bulan hati mereka terpaut, namun kasih sayang dan tanggungjawab seorang ibu bapa tetap tidak dilupakan dan dengan itu Maktok dan Tokwan pergi jua meninggalkan Adam walaupun dengan hati yang sayu dan langkah yang berat.

Saat pertama yang tidak akan dilupakan. 
Sejak dari saat ini mereka menyaksikan perkembangan Adam. Daripada dukungan hinggalah tiada dapat  dikejar lagi apabila merangkak.

Dalam dakapan Maktok sebaik sahaja ibu habis pantang.

Kasih sayang datuk dan nenek kepada cucunya.
Betapa kasih mereka kepada Adam, namun mereka tidak pernah lupa akan tanggungjawab mereka yang lebih utama, iaitu kepada anak sendiri. Oleh itu mereka tabahkan hati untuk meninggalkan Adam dan pulang semula ke Perak untuk menyambut bakal cucu kedua mereka pula. Pemberian kasih yang tidak pernah putus-putus, itulah tanggungjawab yang mereka sentiasa laksanakan.

Kesedihan yang tidak tertanggung walaupun pada mata yang melihat.

Adam tidak akan melupakan Maktok dan Tokwan.