title

7 Aug 2010

Keramat kasih sayangmu

MakTok dan Tokwan telah bersama Adam sejak sebelum Adam lahir lagi. Penat pindah ke Perak masih belum habis, mereka kembali ke Pahang untuk menyambut cucu pertama mereka. Sejak itu, kasih sayang mereka tumpah sepenuhnya pada Adam. Walaupun hanya siang dapat bersama cucu, namun mereka tidak pernah merungut, kasih sayang tetap diberikan. Selama sepuluh bulan hati mereka terpaut, namun kasih sayang dan tanggungjawab seorang ibu bapa tetap tidak dilupakan dan dengan itu Maktok dan Tokwan pergi jua meninggalkan Adam walaupun dengan hati yang sayu dan langkah yang berat.

Saat pertama yang tidak akan dilupakan. 
Sejak dari saat ini mereka menyaksikan perkembangan Adam. Daripada dukungan hinggalah tiada dapat  dikejar lagi apabila merangkak.

Dalam dakapan Maktok sebaik sahaja ibu habis pantang.

Kasih sayang datuk dan nenek kepada cucunya.
Betapa kasih mereka kepada Adam, namun mereka tidak pernah lupa akan tanggungjawab mereka yang lebih utama, iaitu kepada anak sendiri. Oleh itu mereka tabahkan hati untuk meninggalkan Adam dan pulang semula ke Perak untuk menyambut bakal cucu kedua mereka pula. Pemberian kasih yang tidak pernah putus-putus, itulah tanggungjawab yang mereka sentiasa laksanakan.

Kesedihan yang tidak tertanggung walaupun pada mata yang melihat.

Adam tidak akan melupakan Maktok dan Tokwan.


No comments: