title

20 Aug 2010

Ramadhan : Nostalgia tahun lepas

Tahun lepas aku masih berpuasa gaya bujang. Demi tugas, terpaksa meninggalkan isteri dan keluarga. Apabila berpuasa bujang ni, biasanya juadah berbuka dan bersahur beli sahaja. Sama dengan teman-teman serumah yang lain, jika tiada yang sudi memasak. Walaupun begitu, kebiasaannya kami akan berkumpul ramai-ramai berbuka bersama. Makanan yang di letakkan di atas meja itu kami kongsi jamah sorang sedikit apabila laungan azan kedengaran  dari surau atau masjid berhampiran.
Namun nak di jadikan cerita, tiba satu hari tu kami langsung tak dengar azan.  Semua orang sudah gelisah kerana sudah lama menunggu dan dirasakan terlalu lama dari biasa. Masing-masing tak tahu waktu sebenar berbuka pulak tu. Ada cadangan supaya bukak radio tempatan tetapi semua tak tahu frekuensinya pulak.
Akhirnya semua berbuka ikut waktu berbuka ibu kota, yang lebih lewat dalam enam ke sepuluh minit, ehsan khas dari saluran televisyen tempatan melalui perkhidmatan televisyen satelit berbayar.
Selepas berbuka, semua orang bercakap slang ibu kota.

Post mortem mendedahkan supaya semua orang (teman serumah) :

  • sedar akan frekuensi radio tempatan
  • sedar akan jadual waktu solat di bilik di tingkat dua
  • jangan lagi nganjing muazzin bila dia azan lewat sedikit. Bila kita tak dengar dia tak azan langsung, kita jugak susah.

No comments: