title

21 Sep 2010

Wasap dari menara

Sempat amik gambar ni semasa balik kerja. Jarang terjadi sejak berada di Gebeng ni.

IMG_4417
IMG_4418

15 Sep 2010

Market pekan Parit Buntar

Pagi-pagi lagi aku sudah berkira untuk membawa Adam mengikut Tok Wan dan Mak Tok mencari sarapan di pekan Parit Buntar. Hampir seminggu Syawal berlangsung dan kemeriahan Syawal telah pun reda di kalangan pengunjung rumah ke rumah, mungkin di sebabkan yang lain juga telah kehabisan hidangan yang boleh di jamu kepada tetamu, seperti kami yang perlu mencari sarapan di luar sana.

Tok wan membawa kami ke Pasar besar di Pekan Parit Buntar ini. Cuaca yang redup memudahkan suasana meriah pasar ini dinikmati oleh lensa kamera sambil mendukung Adam. Walaupun tidak masuk ke bahagian dalam pasar yang menjual barangan basah seperti ikan dan sayur, kemeriahan tetap terasa di bahagian luar yang menjual makanan. Rata-rata yang berjualan adalah melayu dan cina yang kedainya terbahagi dua bahagian.

Mak tok membeli nasi lemak, mee goreng dan sedikit lauk untuk tengahari.


Best lagi van Tok Wan, boleh main gear.


Gerai surat khabar. Khabarnya sukar mendapatkan NST di sini, kecuali di gerai ini.


Pasar Parit Buntar. Hadapannya meriah dengan jualan sarapan.


Restoran melayu di sekitarnya masih belum di buka. Jadi ramai yang membeli untuk tengahari juga.


Bahagian yang menjual makanan yang dikeluarkan oleh kaum Cina.


Adam leka memerhati suasana. Ayah sempat candid aksinya.

Berjualan sayur dan pisang kecil-kecilan.


Kemeriahan pagi.


Kemeriahan pagi dua.

10 Sep 2010

Menyambut Perayaan Cara Islam dan Sunnah Rasulullah

Untuk bacaan lanjut layari laman Ustaz Nor Amin



  • Bertakbir
  • Lafaz Ucapan Selamat Pada Hari Raya Aidilfitri
  • Meneruskan Qiamullail
  • Mandi Pada Pagi Hari Raya
  • Makan Sebelum Solat Aidilfitri
  • Memakai Pakaian Yang Indah
  • Berjalan Kaki Menuju Tempat Dikerjakan Solat Hari Raya
  • Mengikuti Jalan Yang Berbeza Ketika Pergi Dan Kembali Dari Mengerjakan Solat Hari Raya
  • Mengerjakan Solat Aidilfitri
  • Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri
  • Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

9 Sep 2010

Persiapan raya

Selepas pakcik tu bagitau bila boleh raya, kami berasa amat lega. Masih ada sehari lagi untuk persiapan. Nampaknya kalendar masih boleh dipercayai. Lalu siangnya bermula persiapan untuk raya. Di rumah Mak tok ni yang paling utama ialah persiapan makanan. Lain semua dah ok. Tahun ini ibu belajar buat ketupat dengan Mak tok.


Beras pulut separuh masak.


Skill menganyam ketupat pulut. Tekun ibu melihat tunjuk ajar Mak tok.


Hampir menjadi bentuk bunga raya. Cuba lagi ibu. Cayok!



Akhirnya berjaya. Syabas ibu!




Adam juga tidak lupa membantu. Dengan menunjukkan aksi comel.


Saya mengemas di bawah meja.


Hari terakhir di Pasar Ramadhan Simpang Lima Parit Buntar.


Sri Gandus. Tak pernah jumpa lagi ni. Kene beli ni.


Try nak buat macam Kertesz's 'Meudon', tapi macam tak jadi je. Actually ni jalan masuk ke pasar ramadhan tadi.

8 Sep 2010

Balik raya 2010

Tahun ni balik raya di negeri Pakatan Rakyat, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Kali ni tak potong Genting, tapi lalu Key Ell. Pertama kali, cuak jugak, maklumlah memang tak suka Key Ell ni.

Pemandu kami sedia memberikan khidmat terbaik

Ini terjadi di LebuhRAYA PLUS. 

Belakang pon ramai jugak. Misteri ni.

Bosan. Rasa macam lalu kat jalan kampung yang kiri kanannya ada pasar malam. Cuma kat sini kene bayar.

Pemandua pertama pon bosan sampai tertido.

Ini lah puncanya.

Berhati-hati di jalan raya.

Dah lepas, jalan kosong kembali.
Berhati-hati di jalan raya. Sedikit tips dari aku.

Korang tak kan dianggap genius kalo menjadikan jalan dua lane kepada 3 atau lebih lane bila ada jem.
Jangan optimis, isi minyak kete walaupun masih ada separuh. Bila jem tak cuak.
Jangan berhenti sembang tepi jalan, anda akan menyebabkan kesesakan jalan yang teruk.
Gunakan kemudahan lebuhraya sepenuhnya. Anda bayar. Tapi jangan susahkan makcik cleaner.