title

23 Oct 2010

Hari tanpa beg plastik


Setiap hari sabtu merupakan hari tanpa beg plastik, sekurang kurangnya diamalkan di setiap pasaraya besar. Kebetulan hari sabtu juga merupakan hari yang paling convenient untuk keluar berbelanja, maklumlah hari cuti paling dekat dengan hari gaji. tapi annoying giler kalau tak ada beg plastik. Dari kompleks membeli-belah boleh la pakai troli. Tapi dari kereta nak masuk dalam rumah? Hmm. Walaupun begitu aku tidak merungut menjalankan part aku dalam mengurangkan penggunaan beg plastik ni. Tapi pada pendapat aku, cara ini hanya menguntungkan peniaga sahaja dan tiada impak besar kepada persekitaran. hanya pengguna memainkan peranan dengan tidak mendapat beg plastik, peniaga pula jimat beg plastik. Yang terbaik ialah peniaga membekalkan beg kertas atau beg biodegradable setiap hari sabtu, barula belakang oriana tak penuh macam ni.

2 comments:

Mohamad Azham Shah Bin Johari said...

salam, nak guna imej diatas utk tujuan pendidikan masyarakat mengenai plastik bag, terima kasih

Azham
Unit Media Sosial
SWCorp Malaysia

kuncisudu said...

Wslm, boleh. Sama2.