title

19 Nov 2010

Adam Jatuh Longkang

Balik dari kerja, aktiviti biasa membawa Adam berjalan-jalan di luar rumah. Walaupun Adam baru mandi tapi dia tahu kalau aku balik dari kerja, mesti bawa dia berjalan, kecuali kalau dah lewat sangat. Adam paling suka kejar kucing di depan rumah, walaupun nenek marah. Tetapi hari ini kejadian tak diduga berlaku. Semasa Adam berjalan betul-betul di atas penutup longkang, lalu tanpa disangka penutup kayu lubang longkang itu terjatuh lalu membawa Adam sekali kedalam longkang. Aku dengan paniknya terus masuk mencapai Adam yang telah pun menjerit kesakitan. Aku tak dapat mengeluarkan Adam terus tetapi mujurlah nenek yang kebetulan nampak kejadian tu terus berlari mendapatkan Adam. Terus nenek memandikan Adam yang hitam separuh badan. Selepas pemeriksaan menyeluruh dibuat, Alhamdulillah, Adam tidak mendapat luka atau patah di mana-mana bahagian badan.


Adam meceritakan semula kejadian yang menimpa dirinya.


Pipi tembam yang merah akibat kejadian.


Penutup lubang longkang yang baru.


Keadaan longkang tempat Adam jatuh.


Jiran saksi kejadian, Pakcik Mat Nor berjumpa dengan mangsa. Ayah Chik sedang membuat penutup lubang longkang yang baru.

17 Nov 2010

Bunga Chinta Lestary


Bungan tanaman nenek, namanya Chinta Lestary


Model: Canon PowerShot A1000 IS
ExposureTime: 1/100"
Aperture: F2.7
Flash: Auto, Did not fire
ISO: 125
FocalLength: 6.2 mm
FocalLength35efl: 6.2 mm (35 mm equivalent: 34.2 mm)

Aidiladha 2010

Tahun ni korban setempat di buat betul-betul sebelah rumah depan klinik. Ada dua ekor lembu yang agak kecil jugak la. Lembu remaja kot, daging lembut sket.


Calon tunggangan syurga.


Semangat gotong royong.


Adam agak tidak teruja. Mungkin sebab masih tidak pernah rasa sop daging nenek yang lezat tu.

Selepas selesai acara korban, aku bersama isteri dan Adam ke rumah sahabat lama, Shukri di Tok Sira. Selepas itu bersama mereka ke rumah kawan lama jugaj, Adams di Mahkota Jaya. Selepas itu balik tido. Penat, tak sempat merasa sop lembu yang lezat itu.

13 Nov 2010

The Hangover


Jarang ada filem wayang gambar yang boleh membuatkan aku ketawa terbahak-terbahak dengan ikhlas. Tetapi filem ini membuktikan masih ada sinar di luar sana. Cerita kelakar yang bagus, tiada pengajaran yang boleh di ambil.

10 Nov 2010

Musim tengkujuh bermula



Model: Canon PowerShot A1000 IS
ExposureTime: 1/200"
Aperture: F2.7
Flash: Auto, Did not fire
ISO: 80
FocalLength: 6.2 mm
FocalLength35efl: 6.2 mm (35 mm equivalent: 34.2 mm)

6 Nov 2010

Adam

Adam sejak sebelum mencapai usia setahun telah pun pandai berjalan dan sejak itu dia tidak lagi berpatah balik ke belakang. Setiap hari semakin banyak perkembangannya dan sekarang sudah mula mahu main di luar dan sudah pandai pula merajuk jika kemahuannya tidak di turut. Adil sekiranya dikatakan aku memanjakan Adam kerana aku memang kerap menurut kemahuannya. Ya, aku memang tidak tahan dengan tangisannya dan rengekkannya. Pada aku apalah sangat dengan kemahuannya mahu didukung dan mengajak bermain di luar rumah, dan melihatkan Adam memilih aku daripada orang lain memang sesuatu yang berbaloi, walaupun akan memenatkan badan. Aku harap aku dapat bertegas dengannya suatu hari nanti.


Ini Adam bila merajuk. Sudah pandai gunakan lantai sebagai tempat minta simpati.


Ayah bagi dia keluar sebab tak tahan dengan rajukkannya. Adam pula tak tahan dengan hangar yang warna warni bila dapat keluar.


Akhirnya ibu letak Adam balik dalam rumah dan pasang pagar. 

5 Nov 2010

Deepavali

Rata-rata media elektronik dan cetak mengambil keputusan pilihanraya kecil (pru) Dun Galas dan Parlimen Sibu sebagai berita utama atau muka depan pada hari ini yang dimenangi oleh parti pemerintah. Selain itu berita mengenai banjir di utara dan timur negara juga menyulami ruang berita. Hanya selepas tengahari media elektronik menyiarkan berita mengenai sambutan Deepavali dari rumah terbuka ahli politik. Ya, hari ini negara bercuti umum menyambut Deepavali.