title

6 Nov 2010

Adam

Adam sejak sebelum mencapai usia setahun telah pun pandai berjalan dan sejak itu dia tidak lagi berpatah balik ke belakang. Setiap hari semakin banyak perkembangannya dan sekarang sudah mula mahu main di luar dan sudah pandai pula merajuk jika kemahuannya tidak di turut. Adil sekiranya dikatakan aku memanjakan Adam kerana aku memang kerap menurut kemahuannya. Ya, aku memang tidak tahan dengan tangisannya dan rengekkannya. Pada aku apalah sangat dengan kemahuannya mahu didukung dan mengajak bermain di luar rumah, dan melihatkan Adam memilih aku daripada orang lain memang sesuatu yang berbaloi, walaupun akan memenatkan badan. Aku harap aku dapat bertegas dengannya suatu hari nanti.


Ini Adam bila merajuk. Sudah pandai gunakan lantai sebagai tempat minta simpati.


Ayah bagi dia keluar sebab tak tahan dengan rajukkannya. Adam pula tak tahan dengan hangar yang warna warni bila dapat keluar.


Akhirnya ibu letak Adam balik dalam rumah dan pasang pagar. 

No comments: