title

28 Dec 2010

FarmVilla

Sejak ayah dan mak balik ke Perak, aku memang tiada peruntukan masa untuk membersihkan rumah mereka. Kadang-kadang sahaja datang menyapu dan mop apa yang patut di hujung minggu. Alhamdulillah isteriku berjaya menyiapkan projek mengecat rumah bulan lepas. Lalu aku membuat keputusan untuk memperuntukkan masa cuti akhir tahunku untuk membersihkan rumah mereka, atau lebih terperinci lagi hanya ruang bertanah di hadapan rumah. Sejak mereka tiada dah naik semak dan memang tidak senang mata memandang jika datang ke rumah.

Sebelum: Siap ada tiang katil.

Sebelum: Hampir menjadi ladang pisang.

Selepas: Barulah nampak rupa.

Selepas: Tiada lagi ladang pisang. Tetapi masih banyak di belakang rumah.

Penat rupanya mengerjakan tanah ni. Ini baru lagi kecil dari sekangkang kera. Berpeluh-peluh aku dalam renyai-renyai hujan. Tanah baru nampak lebih lapang dan rumput rumpai telah dikumpulkan setempat apabila Adam mula mencariku di rumah. Nampaknya terpaksalah sambung di kemudian hari. 

No comments: