title

18 Dec 2011

Taman Teruntum

Pada hari yang baik, cuaca cerah dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, adalah suatu masa yang sesuai untuk membawa keluarga bersiar-siar. Banyak tempat boleh menjadi pilihan, taman bertasik, pantai, mini zoo, apa saja yang membolehkan kita menikmati dan membesarkan pencipta yang menjadikan tempat-tempat ini.

Beberapa ketika yang lepas aku telah membawa keluargaku ke Taman Teruntum. Berhampiran dengan Pantai Teluk Cempedak, taman ini boleh dikelaskan sebagai lagenda rekreasi Kuantan. Telah wujud sejak aku kecil lagi dan tidak mengalami banyak perubahan dan dijaga dengan baik.


Ada jualan arnab jugak. Iklan tu kene kreatip sket.


Boleh naik kuda serama. Bayaran di kenakan untuk beberapa pusingan. Bukan untuk dijual.


Mini zoo. 

I'm a peacock. You gotta let me fly.


Iguana pun ada. 


Berani betul budak ni sentuh ular. Dengan bayaran kecil anda boleh bergambar dengan ular ini.


Buaya pun nak pegang jugak.


Gerai kokotiam tok abah. 


Atas bukit, ada ladang rusa.


Boleh bagi makan rusa. Percuma. Makanan disediakan.


Makanan untuk rusa ya. Jangan makan sendiri pulak.


Pantang dapat tempat lapang. Pasti mahu lari. 


Badan je kecik, tapi lari laju. Mujur ayah pun fit jugak.


Tapi bila dah mula mahu guling atas tanah, ayah kene kutip lah.


Lepas lari-lari, boleh makan-makan di gerai.

17 Dec 2011

Pantai Batu Buruk

Kuala Terengganu merupakan sebuah bandaraya. Slogan untuk bandaraya ini ialah Bandaraya Warisan Pesisir Pantai, sebab memang dekat dengan pantai. Mana-mana pergi dalam Kuala Terengganu ni mesti nampak pantai, kalau tak pun nampak kuala sungai. Jadi amat tidak berpatutan jika pantai di bandaraya ini tidak dibangunkan untuk kemudahan pelancongan. Maka jadilah pada pendapat aku antara pantai yang "happening" yang aku pernah sampai ini ialah Pantai Batu Buruk. Ramai orang walaupun pada hari bekerja.


Ada tamang permainang, besar dan banyak.


Taman permainan lagi. Yang tak bestnya sebab berpasir, tidak diletakkan lapik getah, jadi kurang selesa pada yang berkasut.


Ada kereta kuda. 



Tunggang kuda sekor pun ada jugak. Tapi kene bagi makan rumput dulu. Rumput dijual berasingan. Kat belakang sana ada jualan layang-layang atau kite.


Angin kuat, jadi memang berbaloi beli layang-layang.


Kalo tak mampu beli layang-layang, main pasir pun seronok jugak.


Makan malam pun di Batu Buruk. Malam-malam pun ada eskrim, tak payah gi Baskin Robin.


Harga makanan agak mahal, dua orang makan cecah RM20. 

16 Dec 2011

Pasar Payang

Tiadalah lengkap kunjungan seseorang ke Kuala Terengganu jika tidak berkunjung ke Pasar Payang. Oleh kerana lokasinya memang strategik kerana berdekatan dengan tempat pelancongan lainnya seperti Dataran Shahbandar, Kampung Cina dan Masjid Abidin, maka juga kebarangkalian untuk tidak ke Pasar Payang adalah amat tipis.



Kedudukan Pasar Payang View Larger Map


Tingkat atas khusus menjual pakaian, terutamnya batik. Memang banyak pakaian berasaskan batik di sini.


Bahagian tingkat bawah yang menjual barangan perkakasan rumah dan barangan logam.


Tak tahu bagaimana bola pingpong yang rosak di jual di bahagian makanan.


Banyak keropok, manisan dan kekacang di jual di sini.


Kawasan ni banyak jual serunding secara pukal.


Kek durian resepi rahsia.


Sudut jualan buah-buahan.



Terengganu pun ada dukunya sendiri.


Menarik. Beca yang semakin jarang dilihat.


Musim durian sekarang. Semakin banyak hotel di Kuala Terengganu mula membenarkan durian memasuki premis mereka. 




















15 Dec 2011

Ke Kuala Terengganu

Alhamdulillah, selamat sampai dari Kuala Terengganu semalam. Best trip kalo pun tak best trip ever (best trip ever mestila balik kampung). Dua hari Allah Kurniakan cuaca yang bagus. Sedikit rangkuman ringkas.

1. Kuala Terengganu menyambut ketibaan pulang Tuanku Sultan Mizan sempena baginda habis term as Agong. ( maaf aku tak ingat term istananya bagaimana). Semalam selepas balik dari Pasar Payang kedengaran tembakan meriam, mungkin menunjukkan ketibaan Sultan.

2. Pantai Batu Buruk is cool as ever. Lagi happening dari Teluk Cempedak.

3. Muzium Negeri tak best. Masih dalam proses renovasi. Dalam gelap, ada tiga tingkat pameran tapi kalo tak ada stamina jangan masuk sebab tiada eskalator, (aku rasa lif tu untuk kakitangan sahaja). Sayani RM5 anda. Luar ok. Boleh tengok Caddilac Sultan.

4. Kalau merancang nak pergi ke Taman Tamadun Islam atau Masjid Kristal, sila pergi waktu petang.

More to come.

11 Dec 2011

Months after he died

When you grow up you tend to get told the world is the way it is and you’re life is just to live your life inside the world. Try not to bash into the walls too much. Try to have a nice family, have fun, save a little money.
That’s a very limited life. Life can be much broader once you discover one simple fact: Everything around you that you call life was made up by people that were no smarter than you and you can change it, you can influence it, you can build your own things that other people can use.
Once you learn that, you’ll never be the same again.

5 Dec 2011

Menara Alor Setar

Antara struktur buatan manusia paling tinggi di Alor Setar, Menara Alor Setar merupakan banggunan yang menempatkan alatan komunikasi untuk capaian penduduk Alor Setar. Selain itu Menara Alor Setar juga di reka untuk tarikan pelancong, dimana kita boleh melihat permandangan sekitar Alor Setar.


Inilah dia menara Alor Setar


Siap ada restoran, ruang ceramah dan menara tinjau. Kelas gitu.



Hiasan luaran yang tidak menarik langsung.


Dalam lagi kelas, ada kaunter zakat dan kedai cenderahati.


Botol air berbentuk menara, kelas la lagi.


Ini kedai sauvenir atas menara.


Ini kawasan menara tinjau. Terlalu banyak grill macam kat rumah.


Inilah rupanya kalo nak tengok permandangan. Leher kene panjang sket. Tangan kene cekap pegang kamera.


Banggunan terbiar. Bukan destinasi pelancongan. Lainlah kalo korang nak tengok hantu.


Sudut lain pemandangan Alor Setar.


Wisma persekutuan sebelah kiri, jauh atas kanan Masjid Zahir.


Ini betul-betul bawah menara.


Tak tahu, tapi ada van.


Tak tahu jugak, tapi nampak macam istana lama. Tolong jangan buat filem di sini.


Deretan kedai bawah dan Star Parade atas. Kiri ada pembinaan lebuhraya betingkat, agak sesak jalan di situ.
 

Sudut lain pemandangan.


Jambatan bengkok.


Tengok ke bawah, jangan ke atas.


Lif rosak, tolong jangan guna.


Selepas penat berpusing di menara, boleh berehat dengan kerusi urut. Sila sediakan syiling yang mencukupi.