title

17 Jan 2011

Azam 2010 - Penilaian

Jadi setahun telah pun berlalu untuk aku melaksanakan azam 2010. Jadi mari kita lihat akan kejayaannya. 

Tahun baru azam baru, secara amnya tahun ni semestinya nak jadi lebih baik dari tahun lepas. Yang lebih terperinci :

Keluarga dan kawan-kawan
Aku nak lebih dekat dengan keluarga. Lama aku tak kol adik aku kat perak, makteh kat kedah, tahun ni mesti lebih kerap kol depa, at least sebulan sekali. Aku juga nak ingat dan wish setiap setiap ahli kelurga selamat hari lahir. 
- Hampir mencapai matlamat - kerana selalu terlajak ke bulan lainnya atau terlewat sehari dua.

Nak lengkapkan salasilah keluarga dari moyangku sampailah ke cicit mereka.
-Mencapai matlamat - Walaupun masih tidak lengkap tetapi sangat banyak progressnya.

Kalo aku ada kat umah, mesti nak bawak Adam jumpa maktok dia, maklumlah kalo jadi perancangan maktok, lepas Luqman habis semester ni depa akan balik semula ke Parit Buntar.
-Mencapai matlamat

Untuk Susilawati dan Adam Fahri, tiada SMART azam untuk mereka cuma mahu luangkan semua masa yang ada, untuk mereka berdua. Untuk Adam, ayah dan ibu akan bukakan akaun simpanan untuk Adam dan akan masukan sejumlah deposit tetap untuk kamu. 
-Mencapai matlamat - Malah ini yang aku lakukan lebih dari azam yang lain.

 Kerja
Aku mahu lebih cekap dalam kerja ku. Awal tahun ni sudah dapat cabaran baru, kene jaga dua site serentak dan juga tolong helpdesk. Aku sudah lupakan disappointment tahun lepas, aku just mahu moving forward. Ikutkan situasi ekonomi sekarang adalah mustahil untuk ku cari pengalaman baru di tempat baru, atau aku tak cukup berani untuk itu.Walaupon ini azam yang paling tak SMART, aku kira aku berjaya jika dapat penarafan yang lebih baik dari tahun lepas.
-Mencapai matlamat


Kesihatan
Aku akan teruskan beberapa usaha yang telah mula dibuat tahun lepas dan akan tambahkan lagi satu dua untuk tahun ni dan kekalkannya. Aku kene fikirkan bagaimana nak imbangkan kerja dengan kesihatan kerana risiko kerja aku sekarang ialah pengabaian kesihatan.


minum air seliter sehari - tidak mencapai matlamat
ambil vitamin - mencapai matlamat
tido cukup - kurang mencapai matlamat
exercise - Kene beli kasut sukan lagi satu sebab yang lama dah bi beri kat luqman, cadang seminggu sekali nak jogin kat taman bandar.- tidak mencapai matlamat
lupakan kerja bila abis office hour - mencapai matlamat!
bangun awal.Target semasa azan subuh dah bangun dah - tidak mencapai matlamat
Derma darah sekurang-kurangnya sekali tahun ini - mencapai matlamat


Blog
Tahun lepas adalah antara tahun aku paling sikit menulis kat blog ni. tahun ni azamnnya ialah posting sebulan sekali dan akan cuba kurangkan posting pasal diri sendiri yang orang tak boleh ambil pengajaran darinya.
 - mencapai matlamat


Agama
Ke masjid depan rumah untuk solat fardhu setiap waktu setiap kali balik ke kuantan. 
Solat Dhuha setiap hari. 
Target sudah menjadi amalan harian selewat-lewatnya suku akhir 2010.
- tidak mencapai matlamat


Hobi
Nak lebih banyak membaca dan output dari pembacaan tersebut. antara pekara yang boleh ditulis dalam blog nanti. Target tahun ni 4 buku.
 - tidak mencapai matlamat


Cabaran Meri
Dapatkan lesen motor. Cabaran besar sebab aku langsung tak tahu bawak motor sekarang ni.
 - telah di batalkan sejak pertengahan tahun :-)

Untuk 2011, tiada cadangan yang baru. Hanya bawa kehadapan semua azam yang tidak mencapai matlamat. Less goal is more. 

16 Jan 2011

Ilmu Tafsir Al-Quran ( bahagian 6 dari 15 )

Pendahuluan ( sambungan )

Sebelum seseorang boleh mentafsir Al-Quran mestilah ia menguasai lima belas ilmu seperti di bawah ini. Sebaliknya yang menjadi amalan buruk waktu sekarang ialah mereka yang mempunyai sedikit sahaja pengetahuan bahasa Arab atau langsung tidak mengetahuinya, telah mengeluarkan pendapat hanya bergantung dengan tafsiran Al-Quran menerusi terjemahan di dalam bahasa-bahasa yang tertentu sahaja. Oleh itu, jika kita hendak mengetahui ilmu-ilmunya, maka janganlah kita cuba-cuba hendak mentafsir sebarang ayat Al-Quran..

Syarat-syarat pentafsir Al-Quran

6. ILMU BAYAN
llmu Bayan ialah cara-cara pertuturan seperti perumpamaan (similies) dan metafora (kata-kata kiasan). Dengan ilmu ini, dapat mengetahui dengan tepat pada setiap ungkapan dan kiasan di dalam AI-Quran.


Dari - Al-Quran: Siapa Layak Mentafsir, Majalah Lanun 1 April 1999, ms 68-73

10 Jan 2011

Ilmu Tafsir Al-Quran ( bahagian 5 dari 15 )

Pendahuluan ( sambungan )

Allah S.W.T telah berfirman di dalam Al-Quran bagi memperingati kita bahawa Al-Quran itu tidak boleh disentuh jika kita berada di dalam keadaan berhadas, seperti mana firman-Nya:
Jangan kamu sentuh sehingga kamu berkeadaan suci.
Di dalam ayat ini, Allah S.W.T melarang supaya kita jangan menyentuh Al-Quran jika tiada wudhuk. Maksudnya, jika zahiriah kita berada di dalam keadaan kotor sudah dilarang menyentuh zahir Al-Quran, inikan pula hendak mentafsir maksud dan batin Al-Quran ketika masih di dalam nafsu amarahbissuk. Bermakna, orang yang layak mentafsir Al-Quran mestilah mereka yang mempunyai keimanan yang jitu seperti Rasulullah s.a.w dan para sahabat Rasulullah s.a.w sendiri serta para awlia' Allah. Mereka ini mentafsir semata-mata kerana Allah dan Rasul. Mereka tiada kepentingan nafsu, Berlainan dengan golongan waktu ini, hanya mentafsir mengikut kehendak nafsu serta kepentingan peribadi semata-mata.

Syarat-syarat pentafsir Al-Quran

5. ILMU MA'ANI   
llmu Ma'ani ialah ilmu mengetahui makna bahasa (semantik) kerana pembentukan ungkapan dapat difahami daripada maknanya.


Dari - Al-Quran: Siapa Layak Mentafsir, Majalah Lanun 1 April 1999, ms 68-73

9 Jan 2011

Ilmu Tafsir Al-Quran ( bahagian 4 dari 15 )

Pendahuluan ( sambungan )

Bahkan pernah satu ketika dahulu mereka hendak mencipta ayat Al-Quran sendiri, tetapi ia hanya menjadi bahan lelucon sahaja. Sebaliknya jika kita orang Ajam yang tidak mempunyai kepakaran di dalam bahasa Arab bahkan gagal menguasai sepenuhnya bahasa ibunda kita sendiri, bagaimana pula kita hendak menyelami keindahan di dalam bahasa Al-Quran. Berkemungkinan juga untuk menyebut kalimah syahadah pun masih pelat macam mualaf baru masuk Islam.

Syarat-syarat pentafsir Al-Quran

4. ISTIQAD
Ilmu lstiqad ialah ilmu mengetahui asal perkataan, jika satu perkataan itu datang dari dua perkataan yang berlainan. Misalnya, perkataan 'masih' adalah datangnya dari perkataan 'masah' yang bermaksud menyentuh atau meng¬gerakkan tangan yang basah ke atas dan juga daripada perkataan 'masahat' yang bermakna ukuran.


Dari - Al-Quran: Siapa Layak Mentafsir, Majalah Lanun 1 April 1999, ms 68-73

4 Jan 2011

Ilmu Tafsir Al-Quran ( bahagian 3 dari 15 )

Pendahuluan ( sambungan )

Kenapakah kita begitu ghairah untuk mentafsir setiap ayat Al-Quran tanpa melihat garis panduan yang telah ditunjuk ajar oleh orang-orang salaf dan khalaf dahulu? Tahukah kita apakah syarat-syarat untuk memahami setiap ayat Al- Quran?
Adakah setiap manusia boleh mentafsir semua ayat suci Al-Quran hanya berpandukan makna terjemahan sahaja? Jika ayat Al-Quran ini boleh ditafsir oleh sesiapa sahaja, maka sudah tentulah orang-orang kafir Quraisy pada zaman Rasulullah s.a.w terlebih layak mentafsir Al-Quran, memandangkan mereka mempunyai kepakaran di dalam bahasa ibunda mereka sendiri. Tetapi kenapa ahli-ahli bahasa dari golongan mereka tidak mampu menandingi ketepatan dan keindahan ayat-ayat Al- Quran?

Syarat-syarat pentafsir Al-Quran

3. SARAF
Ilmu Saraf ialah ilmu mengkaji asal perkataan. Ilmu ini menolong memahami susur-galur atau punca perkataan serta menukar perkataan kata kerja.
lbnu Faris berkata: "Seseorang yang hilang ilmu sarafnya adalah seorang yang mengalami kerugian yang sangat besar."

Dari - Al-Quran: Siapa Layak Mentafsir, Majalah Lanun 1 April 1999, ms 68-73

2 Jan 2011

Ilmu Tafsir Al-Quran ( bahagian 2 dari 15 )

Pendahuluan ( sambungan )

Malangnya apa yang mereka lakukan itu adalah semata-mata mengikut nafsu masing-masing. Mereka mencari kepentingan dengannya. Mereka itu adalah dari golongan yang hanya mempunyai kepakaran dan kelayakkan bercakap dengan orang-orang jahil dan dungu sahaja. Apabila mereka berhadapan dengan orang yang benar-benar memahami Al-Quran, maka mereka akan memerintahkan pengampunya untuk berhujah. Mereka akan berlindung di belakang "ulama klon" itu. Mereka itu seperti pepatah Melayu; baling batu sembunyi tangan. Mereka itu hanya mampu memberi penafsiran Al-Quran untuk manusia yang berakal seperti lembu. Manakala si penafsir itu pula diibaratkan seperti gembala. Hanya lembu-lembu sahaja yang mengenali gembalanya.  

Syarat-syarat pentafsir Al-Quran

2. Nahu

     Nahu ialah ilmu membuat ayat. Ilmu nahu akan memberi sesuatu kefahaman dari satu bentuk ayat kepada suatu ayat yang lain. 

Dari - Al-Quran: Siapa Layak Mentafsir, Majalah Lanun 1 April 1999, ms 68-73

Ilmu Tafsir Al-Quran ( bahagian 1 dari 15 )

Pendahuluan

Dewasa ini, ramai di kalangan kita sama ada pemimpin, golongan cerdik pandai hatta orang-orang kampung juga sudah berminat mentafsir Al-Quran. Lebih malang apabila ada di kalangan orang kafir juga boleh mentafsir Al-Quran dengan kepala otaknya. Sekali lagi orang yang menyangka bahawa tafsiran ulama dahulu telah lapuk, hanya tersenyum dan bertepuk tangan. Dalam masa mereka hendak mengubah tafsiran ulama-ulama soleh terdahulu, mereka juga telah menjadikan Al-Quran sebagai bahan ketawa mereka. 

     Mereka telah sangsi pada ulama-ulama soleh. Bahkan mereka juga tidak mahu menerima penafsiran para sahabat dan Rasulullah S.A.W. Mereka itu berlagak seolah-olah Al-Quran itu adalah seperti novel yang boleh dikomen atau ditokok tambah.
 


Syarat-syarat pentafsir Al-Quran

1. Lughat

Kajian satu-satu bahasa bagi menolong seseorang itu memahami maksud yang sesuai bagi setiap perkataan. Seseorang yang beriman dengan Allah dan hari pengadilan, jangan dia membuka mulutnya mengenai Al-Quran melainkan dia benar-benar mahir dalam lughat bahasa Arab. Di dalam bahasa Arab, ada perkataan tertentu yang mempunyai bebrapa maksud berlainan. Seseorang itu mungkin mengetahui hanya satu atau dua sahaja daripadanya. Sebaliknya apa yang paling tepat pada ayat itu mungkin tidak difahami.

Dari - Al-Quran: Siapa Layak Mentafsir, Majalah Lanun 1 April 1999, ms 68-73