title

2 Jan 2011

Ilmu Tafsir Al-Quran ( bahagian 1 dari 15 )

Pendahuluan

Dewasa ini, ramai di kalangan kita sama ada pemimpin, golongan cerdik pandai hatta orang-orang kampung juga sudah berminat mentafsir Al-Quran. Lebih malang apabila ada di kalangan orang kafir juga boleh mentafsir Al-Quran dengan kepala otaknya. Sekali lagi orang yang menyangka bahawa tafsiran ulama dahulu telah lapuk, hanya tersenyum dan bertepuk tangan. Dalam masa mereka hendak mengubah tafsiran ulama-ulama soleh terdahulu, mereka juga telah menjadikan Al-Quran sebagai bahan ketawa mereka. 

     Mereka telah sangsi pada ulama-ulama soleh. Bahkan mereka juga tidak mahu menerima penafsiran para sahabat dan Rasulullah S.A.W. Mereka itu berlagak seolah-olah Al-Quran itu adalah seperti novel yang boleh dikomen atau ditokok tambah.
 


Syarat-syarat pentafsir Al-Quran

1. Lughat

Kajian satu-satu bahasa bagi menolong seseorang itu memahami maksud yang sesuai bagi setiap perkataan. Seseorang yang beriman dengan Allah dan hari pengadilan, jangan dia membuka mulutnya mengenai Al-Quran melainkan dia benar-benar mahir dalam lughat bahasa Arab. Di dalam bahasa Arab, ada perkataan tertentu yang mempunyai bebrapa maksud berlainan. Seseorang itu mungkin mengetahui hanya satu atau dua sahaja daripadanya. Sebaliknya apa yang paling tepat pada ayat itu mungkin tidak difahami.

Dari - Al-Quran: Siapa Layak Mentafsir, Majalah Lanun 1 April 1999, ms 68-73

No comments: