title

31 Mar 2011

ilmu Tafsir Al-Quran ( bahagian 8 dan 9 dari 15 )

Syarat-syarat pentafsir Al-Quran

8. ILMU QlRAAT
Ilmu Qiraat ialah ilmu penyebutan huruf. Kaedah pembacaan kadang-kadang membawa kepada perbezaan dari segi maksud.
9. ILMU AQAID
llmu ini ialah ilmu yang memperkatakan tentang keimanan. lImu ini sangat penting untuk menerangkan satu-satu analogi (perbandingan) yang tertentu. Misalnya ayat yang menyatakan:
"Tangan Allah adalah di atas tangan mereka." Jika kita menyatakan bahawa tangan Allah adalah sama seperti tangan kita adalah tidak betul. Maka ilmu ini mentafsirkan kehendak tangan di sini ialah kekuasaan Allah. Jika kita samakan tangan Allah dengan tangan makhluk, maka adalah kafir. Allah tidak menyerupai makhluk.

Dari - Al-Quran: Siapa Layak Mentafsir, Majalah Lanun 1 April 1999, ms 68-73

29 Mar 2011

Ilmu Tafsir Al-Quran ( bahagian 7 dari 15 )

Syarat-syarat yang akan dikemukakan ini adalah syarat-syarat yang mustahak bagi seorang pentafsir. Sebarang tafsir yang semata-mata mengikut pendapat sendiri adalah amat ditegah (haram). Ada tiga golongan yang tidak akan dirahmati oleh Allah di dalam pemahaman AI-Quran.
1)Tidak mahir di dalam bahasa Arab.
2)Melakukan dosa-dosa besar dan bidaah kerana amalan ini menghitamkan hati dan menghalang daripada memahami Al-Quran.
3)Menggunakan alasan fikirannya semata-mata di dalam pemahaman AI-Quran. (Hanya untuk kesenangan nafsunya sendiri tanpa melihat tafsir dari ulama'-ulama' yang muktabar)




Syarat-syarat pentafsir Al-Quran

7. ILMU BADlK
llmu Badik ialah ilmu membuang (rethiric) bahasa. Satu ilmu yang dapat membuka rahsia keindahan bahasa dan kesan daripadanya.
lImu pada nombor 5,6,7 adalah dihimpunkan di dalam ilmu Balaghah (pengetahuan mengenai pidato). lImu ini sangat penting bagi seseorang pentafsir mengetahuinya kerana Quran yang mulia ini adalah mukjizat yang sangat sempurna. Kehebatannya hanya dapat difahami apabila ilmu-ilmu tersebut dapat dikuasai..


Dari - Al-Quran: Siapa Layak Mentafsir, Majalah Lanun 1 April 1999, ms 68-73