title

26 Apr 2011

ilmu Tafsir Al-Quran ( bahagian 13, 14 dan 15 dari 15, dan penutup )

13. ILMU FEKAH
llmu hukum hakam perundangan Islam. Dengan memahami ilmu ini, kita dapat memahami akan prinsip-prinsip umum.

14. Pengetahuan tentang satu-satu hadis yang menjadi penafsir kepada sesuatu ayat Al-Quran.

15. Ilmu kefahaman yang Allah S.W.T anugerahkan kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih terutamanya bagi mereka yang mengamalkan segala suruhan Allah dan Rasul s.a.w.

Alamah Sayuti menyatakan bahawa barangsiapa berfikir untuk mendapat ilmu kefahaman ini tanpa belajar adalah salah sama sekali. Untuk mendapat pengetahuan ini daripada Allah, perlulah ia belajar dan mengamalkan segala yang diperolehi dan tidak condong kepada dunia.
Cabang-cabang ilmu yang diterangkan di atas adalah sangat mustahak bagi seorang pentafsir. Satu tafsir daripada seorang yang tidak mahir terhadap salah satu ilmu 
tersebut adalah sangat-sangat ditegah (haram).

Syarat-syarat di atas adalah diibaratkan pada seorang yang hendak membuat sebuah rumah. Adakah mereka boleh bertukang sekirariya tiada ilmu pertukangan? Berkemungkinan boleh, tetapi adakah rumah yang mereka bina sekukuh dan secantik pada seseorang yang mahir? Pastilah jauh lebih teruk, bahkan ia akan membahayakan diri orang lain.
Para sahabat Rasulullah s.a.w mendapat ilmu bahasa Arab secara kebetulan kerana bahasa ibunda mereka sendiri. Mereka mendapat ilmu yang sangat mendalam hasil daripada hubungan akrab dengan Rasulullah s.a.w.
Kesimpulannya, kita ditegah mentafsir sebarang ayat Al-Quran melainkan setelah kita merujuk tafsir ulama' yang benar-benar beramal dengan segala ilmunya seperti para awlia',
Hendaklah merujuk kepada tafsir yang ditulis oleh para wali-wali Allah yang mashyur. Jangan merujuk kepada ulama'-ulama' zahiriah kerana mereka masih mentafsir mengikut akal dan nafsu mereka.
Di antara tafsir-tafsir yang ditulis oleh ulama' yang soleh ialah RuhUI Bayan dan beberapa kitab tafsir yang lain. Adapun tafsir yang ditulis oleh ularna'-ulama' yang kebelakangan ini (500 tahun dari Rasulullah s.a.w) adalah masih tertumpu kepada kehendak¬kehendak nafsu mereka sendiri. Sama ada nafsu syaitaniah atau nafsu khairiah. (Mereka masih tidak menyerahkan kepada kehendak-kehendak yang dituntut oleh Allah  dan Rasulullah s.a.w). Ada di antaranya masih menumpukan kepada sifat asobiah, pertubuhan mereka atau sebagainya. Mereka ini masih belum dapat menjangkau kehidupan zaman para sahabat Rasulullah s.a.w.
Para awlia' Allah sentiasa 'merujuk ' kepada Allah dan Rasulullah s.a.w di dalarn setiap penulisan mereka. Mereka juga mendapat 'teguran' Allah S.W.T apabila membuat kesilapan dan kesalahan. Walaubagaimanapun, adalah diingatkan bagi mereka yang berasa keliru di dalam permasalahan yang saya ajukan ini, hendaklah kembali kepada Allah dan Rasulullah s.a.w melalui membaca selawat kepada Nabi s.a.w, istighfar, zikir dan solat hajat. 

No comments: