title

25 May 2011

Oh, How I want to do this.


Cartoon from here

For the clueless, click here
More pictures about the topic here

20 May 2011

Microsoft buys Skype. Why, Exactly?


Microsoft buys Skype service for $8.5 billion


this is why



8 May 2011

Hari Orang Tua

Ingatkah lagi hari anda menerima surat tawaran kerja pertama anda? atau hari anda diterimabekerja setelah sekian lama menganggur atau sebaik sahaja graduasi?

Tentu perasaan gembiranya tidak dapat anda ceritakan. Inilah saat paling bermakna dalam hidup anda. 
Jika tidak, banyak lagi saat-saat seperti itu, saat-saat yang akan merubah perjalanan hidup anda. Seperti mula berpacaran, membeli kereta idaman, berpindah ke tempat baru atau menyambung pelajaran.

Sekarang, bagaimana jika orang tua anda mengatakan tidak kepada keputusan anda terhadap pekara-pekara di atas?
Bagaimana jika orang tua anda tidak bersetuju dengan kerja yang anda dapat, tidak setuju dengan pilihan pasangan anda, tidak setuju dengan kursus yang anda pilih?

Anda memberontak? Mana mungkin orang tua anda bersikap begini. Anda telah berusaha cukup gigih, setia cukup lama. Bagaimana? Haruskah anda patuh kepada orang tua anda? Adakah anda masih ingin mengatakan "saya sayang emak" atau "terima kasih ibu" di situasi seperti ini? 

Nah.Di sinilah terletaknya ujian untuk anda sebagai seorang anak. Inilah tempatnya anda mmembuktikan kasih sayang anda kepada orang tua anda, dengan patuh kepada sesuatu mereka diwaktu yang anda tidak suka. Bukan hanya semasa orang tua anda bersetuju dengan anda sahaja. Kerana apa?

cerita saya
Asalnya saya telah mendapat tawaran kerja pertama di Pulau Utara Tanah air. Gembiranya tak terkata. Namun, ibu tidak membenarkan saya pergi. Jauh katanya. Mintanya cari kerja berdekatan sahaja. Dan kerana patuh akan permintaannya, saya menurut. Saya tetap patuh walaupun dalam hati protes. Rajuk dengan ibu. Hikmahnya tidak saya nampak.Tidak lama kemudian, dengan sedikit usaha saya mendapat tawaran mengajar dekat dengan tempat tinggal. Rezeki bertambah baik lagi, saya lalu mendapat kerja yang diidamkan di pantai timur. 
Kita tidak tahu hikmah sesuatu pekara, kerana tidak terjangkau dengan pemikiran kita akan perancangan Allah kepada kita. Apatah lagi jika disusuli dengan berbuat baik kepada orang tua. Ketahuilah, seorang ibu tidak akan berkata tidak kepada anak-anaknya tanpa mendoakan kebaikkan kepada anaknya.

Oleh itu marilah kita patuh kepada orang tua kita, lebih-lebih lagi di saat mereka tidak berpihak kepada kita. Kerana itu adalah ibadah, dan ibadahlah sebab kita hidup di muka bumi ini.