title

6 Jul 2011

Persepsi

Hari ini mari kita belajar satu dua pekara mengenai persepsi. Pesepsi ialah anggapan mengenai sesuatu pekara. Dalam bahasa Melayu tulen istilahnya ialah tanggapan. Kita tidak dapat lari dari memberi dan menerima tanggapan kerana manusia sentiasa berbeza pendapat. Ini adalah sifat manusia. Oleh itu amat penting untuk kita menguruskan tanggapan kerana tanggapan boleh mempengaruhi pergaulan kita dengan manusia lain.

Salah satu cara pengurusan tanggapan yang aku hendak bawakan pada post kali ini ialah mengenai situasi di tempat kerja. Bagaimana sedikit ketidakcerdikan boleh membawa tanggapan buruk kepada minda manusia lain.

Elakkan daripada membuat pekara-pekara ini untuk mengelakkan tanggapan buruk.

  1. Mengambil cuti sakit atau kecemasan selepas bercuti dalam tempoh yang lama.
  2. Berada di tempat awam semasa cuti sakit atau kecemasan.
  3. Hilang dari pejabat tanpa pengetahuan sesiapa.

Pekara di atas sangat penting kerana selain tanggapan, pekara ini juga melibatkan etika kerja. Jika anda dilihat kerap melakukan pekara di atas, persepsinya ialah anda tidak mempunyai perancangan yang rapi dan juga boleh dilihat sebagai cuba menipu. Oleh itu berhati-hati dalam tindakan supaya anda tidak dilihat kurang bijak.

1 comment:

uchee said...

Entri yang bagus.. Simple but very meaningful..