title

31 Aug 2011

Aildilfitri 2011

Aidilfitri 2011 memang berbeza kali ini. Kami berhari raya di Kuala Lumpur! Walaupun perancangan awal ialah untuk berhari raya di Batu Pahat, tetapi Allah S.W.T lebih bijaksana mengatur untuk hambaNya.
Tiada banyak bezanya berhari raya di Kuala Lumpur ini dan kontra dengan kepercayaan biasa, Kuala Lumpur atau Damansara tidaklah sunyi seperti di langgar garuda sebagaimana di paparkan di media elektronik.


Masuk petang Adam sudah rasa terpenjara, mahu main di luar. Mungkin ada pekara menarik perhatiannya.


Rupanya ada kumpulan merpati di padang. 


Kumpulan merpati yang nampak jinak. Apatah lagi bila diberi makan.


Adam cuba mengejar, tetapi tiada dapat akan merpati itu.


Merpati close-up


Adam di tengah kawanan merpati.


Atuk dan semua cucu-cucunya.


Lepas lelah kejar merpati, sambung main di taman pula.

30 Aug 2011

Maksud takbir hari raya

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak, Maha  suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia, kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun  dibenci oleh orang-orang kafir, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya, dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya), Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.”

28 Aug 2011

Hari Raya Idilfitri : Yang Perlu & Yang Jangan DiLakukan


Artikel dari UZAR. Antara yang menarik.

BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA?

MENGAPA ORANG MUKMIN TULEN BERSEDIH?

TAMATNYA SIRI YANG DIMINATI

RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .
2) Menjamah makanan sebelum keluar.
3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;
5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;
7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwwah) sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA

1) Sentuhan
2) Aurat & Ipar 
3) Wangian Wanita
4) Pakaian Wanita
5) Kubur
6) Meninggalkan solat
7) Dosa Bertempoh

Link di sini

Nota Hati Seorang Lelaki - Nota Hati Seorang Ayah


Nota Hati Seorang Ayah - Nota 17

Teka-teki -    orang yang buat tak mahu pakai, orang yang beli tak mahu pakai,
                   orang yang pakai, tak tahu dia pakai

mati adalah sesuatu yang pasti tetapi selalu dilupakan.
enam lapangan hidup - kerohanian, ilmu, kesihatan, kewangan, keluarga dan kerjaya.
rancang lapangan hidup supaya menjadi ibadah, ibadah itu amalan takwa, takwa itu bekalan untuk akhirat.
rancang untuk menjawab soalan dalam kubur dan soalan padang mashyar.

Nota Hati Seorang Ayah - Nota 18

merancang keluarga bukan setakat merancang bilangan anak, malah merancang untuk mendidik anak-anak. Oleh itu ketua keluarga mestilah mempunyai ilmu agama, keibubapaan dan wibawa.

Nota Hati Seorang Ayah - Nota 19

Kasih ibu tidak boleh ditukar ganti
Hadiah terbaik seorang bapa kepada anaknya ialah dengan mencintai ibu anak tersebut.

Nota Hati Seorang Ayah - Nota 20

Siapa yang menyayangi akan di sayangi
Siapa yang paling tinggi kasihnya dia lah yang paling banyak memberi
Kita akan lebih banyak menerima jika memberi bukan untuk menerima

Nota Hati Seorang Ayah - Nota 21

Petanda kerjaya tepat- hati tenang sewaktu bekerja. Ketenangan itu kembara, bukan destinasi.

Nota Hati Seorang Ayah - Nota 22

Mendidik anak perempuan. Umumnya perlu banyak meraikan. Didik anak perempuan untuk menjadi seperti bakal isteri idaman kita dan bakal ibu idaman kita.

Nota Hati Seorang Ayah - Nota 23

Keturunan yang jahat belum tentu akan melahirkan zuriat yang jahat, kerana iman tidak di warisi. Teladan ibu-bapalah yang akan mendidik anak-anak.

Nota Hati Seorang Ayah - Nota 24

Kita perlukan rezeki yang berkat, umur yang berkat, kesihatan yang berkat, kejayaan yang berkat. 
Berkat itu sedikitnya mencukupi dan bila banyaknya boleh dibelanjakan ke jalan yang baik dan betul.
Untuk dapat berkat kena akrab dengan pemberi berkat. 

Nota Hati Seorang Ayah - Nota 25

Kenduri kahwin sekadar hebahan, bukan hebohan.

Nota Hati Seorang Ayah - Nota 26

Pendidikan tauhid kepada anak-anak perlu di lakukan sepanjang masa.

Nota Hati Seorang Ayah - Nota 27

Ibu bapa perlu ikhlas membesarkan anak-anak kerana mereka adalah amanah Allah kepadanya. Ikhlas tanpa meminta balasan anak-anak kerana orang uang ikhlas pasti dibela Allah. Untuk ikhlas, jadilah orang yang dicintai Allah. Allah cinta kepada orang yang apabila dia membuat kerja, dia akan memperelokkan kerjanya itu.

Nota Hati Seorang Ayah - Nota 28

Hakikatnya ramai manusia yang tidak pandai berterima kasih. Kita akan sakit jiwa jika mengharapkan penghargaan orang lain.

Perkahwinanan itu satu penghambaan. Malah hidup ini satu penghambaan, kepada Allah SWT.

Untuk menyayangi orang lain, kita perlu menyayangi diri sendiri terlebih dahulu.

Jangan bimbang jika kita tidak di hargai, tetapi bimbanglah jika diri kita menjadi tidak berharga.

Nota Hati Seorang Ayah - Nota 29

Ibu bapa perlu memberi ilmu, mendidik dan memimpin anak terlebih dahulu sebelum memberi kebebasan kepada mereka untuk menentukan haluan hidup.

Siapa kita menentukan apa yang kita lihat, dan apa yang kita lihat menentukan apa yang kita dapat.


Nota Hati Seorang Ayah - Nota 30

Sayangkan anak itu fitrah. Fitrah perlu dibajai dengan akidah dan dijaga dengan syariat. Akidah mengatur keyakinan hati, Syariat mengatur tindakan lahiriah. Keduanya memerlukan rujukan. Iaitu Al-Quran dan sunnah Nabi.

Nota Hati Seorang Ayah - Nota 31

Keperluan seorang anak

Keperluan fizikal dan meterial
Keperluan akal - Hak untuk mendapat pendidikan.
Keperluan perasaan - Hak anak untuk di dengar katanya-katanya. Pujian, rangsangan, dorongan, teguran dan lain-lain.
Keperluan rohani - Hak untuk mendapat didikan dan pimpinan.

Tanggungjawab ibu-bapa bukan untuk diselesaikan tapi untuk dilaksanakan.Sepanjang hayat.

Anak perempuan, sebelum berkahwin, ayah adalah driver. Bila sudah berkahwin ayah menjadi co-driver. Bukan melepaskan stereng untuk dipandu seorang oleh suami.

24 Aug 2011

Aidilfitri 2011 - Lebuh raya pantai timur


Faizul - Sukacitanya dimaklumkan jajaran Pakej 11 dan Pakej 12 akan dibuka secara rasmi kepada orang awam pada 22hb Ogos 2011. Untuk makluman, pakej 11 dan Pakej 12 telah diwartakan Jalan Persekutuan pada 15hb Mac 2011.  Sehubungan itu, orang awam dibolehkan menggunakan jajaran lebuhraya dengan melalui Persimpangan Bukit Besi sehingga Persimpangan Ajill bagi Pakej 10. Seterusnya melalui Persimpangan Telemong ke Persimpangan KualaTerengganu bagi Pakej 11 dan Pakej 12. Rujuk peta jajaran dibawah.



Zajuli - Tok ngulu Humaizi. Sila beritahu laluan mana patut ambe ambik untuk balik ke Kota Bharu. ??
Kama - Ambil jalan yg lurus li…kalu sesat, kembalilah ke pangkal jalan :-)
Apeng - Memang kena ambik jalan yg lurus..tapi takut jalan putus kat tengah jalan…:-)
Humaizi - takper ...ketengah umah aku...hahahaha

Amin - Esok kawe blh balik trus ke rumoh mok kawe pakai LPT…yahuuuu
Azam - Balik Melaka lalu Gambang-Segamat…..”takde toll”…yuhuuuuuu…..
Apeng - Saya balik kerteh jer…tol tak de..jalan clear..minyak 50 sen jer….. 

Rina - Ada sapa2 tak nak balik hari ahad pagi… mau follow… tak tahu lah jalan niee… hayat hidup tak pernah lalu..takut makan langsat jer pagi2  puasa nanti…  hehehehh….
Zura - Biasa lalu…. Tp kalu nk follow ari khamis boleh la… hehe…

ZulM - Berhati2 semua..jalan tu walaupun baru di gazet, dah ramai makan orang – especially mat rempit. So jangan terlalu leka!
Zura - Jalan situ lurus, memang ramai yang bawak laju, so be careful… lembu, anjing liar melintas… lubang2 kat jalan..mat2 rempit buat medan berlumba, berlawanan arah mat2 rempit tu berlumba… tak sayang nyawa dan membahayakan orang lain yang guna jalan tu… jadi berhati hati di jalan raya…
Yang - Berhati –hati….insurance not cover

Zuhaifi - persimpangan bkt besi



Terdapat sepanjang 6KM jajaran lebuhraya ini yang belum diturap pada KM163 (Garisan Putus-putus) iaitu sebelum memasuki persimpangan Bukit Payong tetapi masih boleh dilalui.