title

24 Aug 2011

Aidilfitri 2011 - Lebuh raya pantai timur


Faizul - Sukacitanya dimaklumkan jajaran Pakej 11 dan Pakej 12 akan dibuka secara rasmi kepada orang awam pada 22hb Ogos 2011. Untuk makluman, pakej 11 dan Pakej 12 telah diwartakan Jalan Persekutuan pada 15hb Mac 2011.  Sehubungan itu, orang awam dibolehkan menggunakan jajaran lebuhraya dengan melalui Persimpangan Bukit Besi sehingga Persimpangan Ajill bagi Pakej 10. Seterusnya melalui Persimpangan Telemong ke Persimpangan KualaTerengganu bagi Pakej 11 dan Pakej 12. Rujuk peta jajaran dibawah.



Zajuli - Tok ngulu Humaizi. Sila beritahu laluan mana patut ambe ambik untuk balik ke Kota Bharu. ??
Kama - Ambil jalan yg lurus li…kalu sesat, kembalilah ke pangkal jalan :-)
Apeng - Memang kena ambik jalan yg lurus..tapi takut jalan putus kat tengah jalan…:-)
Humaizi - takper ...ketengah umah aku...hahahaha

Amin - Esok kawe blh balik trus ke rumoh mok kawe pakai LPT…yahuuuu
Azam - Balik Melaka lalu Gambang-Segamat…..”takde toll”…yuhuuuuuu…..
Apeng - Saya balik kerteh jer…tol tak de..jalan clear..minyak 50 sen jer….. 

Rina - Ada sapa2 tak nak balik hari ahad pagi… mau follow… tak tahu lah jalan niee… hayat hidup tak pernah lalu..takut makan langsat jer pagi2  puasa nanti…  hehehehh….
Zura - Biasa lalu…. Tp kalu nk follow ari khamis boleh la… hehe…

ZulM - Berhati2 semua..jalan tu walaupun baru di gazet, dah ramai makan orang – especially mat rempit. So jangan terlalu leka!
Zura - Jalan situ lurus, memang ramai yang bawak laju, so be careful… lembu, anjing liar melintas… lubang2 kat jalan..mat2 rempit buat medan berlumba, berlawanan arah mat2 rempit tu berlumba… tak sayang nyawa dan membahayakan orang lain yang guna jalan tu… jadi berhati hati di jalan raya…
Yang - Berhati –hati….insurance not cover

Zuhaifi - persimpangan bkt besi



Terdapat sepanjang 6KM jajaran lebuhraya ini yang belum diturap pada KM163 (Garisan Putus-putus) iaitu sebelum memasuki persimpangan Bukit Payong tetapi masih boleh dilalui.


No comments: