title

15 Aug 2011

Apabila matinya seorang anak Adam


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang telah mengurniakan segala nikmat kepada hambaNya supaya mereka dapat menggunakan nikmat itu untuk beribadah kepadaNya. Hakikatnya Allah S.W.T tidak perlu kepada ibadah hambaNya kerana sesungguhnya Dia maha berkuasa lagi maha memiliki. Melainkan ibadah-ibadah itu kembali kepada mereka semula, untuk balasan syurga yang kekal abadi.

Antara nikmat yang dikurniakan Allah ialah nikmat harta. Namun harta itu juga ujian. Kepada mereka yang bertakwa, harta memudahkan ibadah kepadaNya, sebaliknya kepada mereka yang kufur.

Nikmat ibadah harta termasuklah sedekah, di mana harta diberi tanpa mengharap balasan makhluk. Harta itu berubah bentuknya apabila di sedekahkan. Di riwayatkan di dalam Kitab Ushfuriyah akan perubahan harta itu seperti di bawah.
 
1. Dulu aku kecil sekarang aku menjadi besar.
    Seumpama pelaburan, harta yang di sedekahkan akan bertambah dari segi pahala dan   ganjaran oleh Allah SWT.
2. Dulu aku sedikit sekarang aku menjadi banyak.
    Harta yang disedekahkan akan bertambah berlipat kali ganda oleh Allah SWT.
3. Dulu aku musuh sekarang aku menjadi kekasih.
    Harta itu boleh menjadi sumber fitnah dan umpatan makhluk. Harta sumber porak peranda dalam keluarga dan masyarakat. Hakikatnya harta apabila disedekahkan akan menjadikan kita di sayangi oleh harta itu sendiri dan juga makhluk lain.
4. Dulu aku fana ( rusak ) sekarang aku menjadi kekal.
    Harta itu sebagai makhluk Allah SWT tidak akan kekal. Harta akan rosak. Wang akan lusuh, banggunan akan roboh. Sebaliknya apabila telah di sedekahkan, ia akan kekal hingga kiamat.
5. Dulu engkau yang menjagaku sekarang aku yang menjagamu.
    Harta sebelum disedekahkan perlu kepada penjagaan makhluk. Perlu di simpan di tempat selamat, perlu kepada kira-kira supaya tidak terkurang atau terlebih. Namun apabila disedekahkan, harta itu pula menjaga kita, bukan sahaja di dunia, malah sehingga dalam kubur selagi sedekah itu digunakan.

Semoga kita dapat bersedekah dengan ikhlas semoga Allah SWT menerima sedekah kita. 

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Apabila matinya seorang anak Adam itu maka terputuslah segala amalan melainkan tiga perkara,ilmu yang bermanfaat,sedekah jariah dan doa daripada anak-anak yang soleh.”

Semoga bermanfaat.

No comments: