title

28 Aug 2011

Nota Hati Seorang Lelaki - Nota Hati Seorang Ayah


Nota Hati Seorang Ayah - Nota 17

Teka-teki -    orang yang buat tak mahu pakai, orang yang beli tak mahu pakai,
                   orang yang pakai, tak tahu dia pakai

mati adalah sesuatu yang pasti tetapi selalu dilupakan.
enam lapangan hidup - kerohanian, ilmu, kesihatan, kewangan, keluarga dan kerjaya.
rancang lapangan hidup supaya menjadi ibadah, ibadah itu amalan takwa, takwa itu bekalan untuk akhirat.
rancang untuk menjawab soalan dalam kubur dan soalan padang mashyar.

Nota Hati Seorang Ayah - Nota 18

merancang keluarga bukan setakat merancang bilangan anak, malah merancang untuk mendidik anak-anak. Oleh itu ketua keluarga mestilah mempunyai ilmu agama, keibubapaan dan wibawa.

Nota Hati Seorang Ayah - Nota 19

Kasih ibu tidak boleh ditukar ganti
Hadiah terbaik seorang bapa kepada anaknya ialah dengan mencintai ibu anak tersebut.

Nota Hati Seorang Ayah - Nota 20

Siapa yang menyayangi akan di sayangi
Siapa yang paling tinggi kasihnya dia lah yang paling banyak memberi
Kita akan lebih banyak menerima jika memberi bukan untuk menerima

Nota Hati Seorang Ayah - Nota 21

Petanda kerjaya tepat- hati tenang sewaktu bekerja. Ketenangan itu kembara, bukan destinasi.

Nota Hati Seorang Ayah - Nota 22

Mendidik anak perempuan. Umumnya perlu banyak meraikan. Didik anak perempuan untuk menjadi seperti bakal isteri idaman kita dan bakal ibu idaman kita.

Nota Hati Seorang Ayah - Nota 23

Keturunan yang jahat belum tentu akan melahirkan zuriat yang jahat, kerana iman tidak di warisi. Teladan ibu-bapalah yang akan mendidik anak-anak.

Nota Hati Seorang Ayah - Nota 24

Kita perlukan rezeki yang berkat, umur yang berkat, kesihatan yang berkat, kejayaan yang berkat. 
Berkat itu sedikitnya mencukupi dan bila banyaknya boleh dibelanjakan ke jalan yang baik dan betul.
Untuk dapat berkat kena akrab dengan pemberi berkat. 

Nota Hati Seorang Ayah - Nota 25

Kenduri kahwin sekadar hebahan, bukan hebohan.

Nota Hati Seorang Ayah - Nota 26

Pendidikan tauhid kepada anak-anak perlu di lakukan sepanjang masa.

Nota Hati Seorang Ayah - Nota 27

Ibu bapa perlu ikhlas membesarkan anak-anak kerana mereka adalah amanah Allah kepadanya. Ikhlas tanpa meminta balasan anak-anak kerana orang uang ikhlas pasti dibela Allah. Untuk ikhlas, jadilah orang yang dicintai Allah. Allah cinta kepada orang yang apabila dia membuat kerja, dia akan memperelokkan kerjanya itu.

Nota Hati Seorang Ayah - Nota 28

Hakikatnya ramai manusia yang tidak pandai berterima kasih. Kita akan sakit jiwa jika mengharapkan penghargaan orang lain.

Perkahwinanan itu satu penghambaan. Malah hidup ini satu penghambaan, kepada Allah SWT.

Untuk menyayangi orang lain, kita perlu menyayangi diri sendiri terlebih dahulu.

Jangan bimbang jika kita tidak di hargai, tetapi bimbanglah jika diri kita menjadi tidak berharga.

Nota Hati Seorang Ayah - Nota 29

Ibu bapa perlu memberi ilmu, mendidik dan memimpin anak terlebih dahulu sebelum memberi kebebasan kepada mereka untuk menentukan haluan hidup.

Siapa kita menentukan apa yang kita lihat, dan apa yang kita lihat menentukan apa yang kita dapat.


Nota Hati Seorang Ayah - Nota 30

Sayangkan anak itu fitrah. Fitrah perlu dibajai dengan akidah dan dijaga dengan syariat. Akidah mengatur keyakinan hati, Syariat mengatur tindakan lahiriah. Keduanya memerlukan rujukan. Iaitu Al-Quran dan sunnah Nabi.

Nota Hati Seorang Ayah - Nota 31

Keperluan seorang anak

Keperluan fizikal dan meterial
Keperluan akal - Hak untuk mendapat pendidikan.
Keperluan perasaan - Hak anak untuk di dengar katanya-katanya. Pujian, rangsangan, dorongan, teguran dan lain-lain.
Keperluan rohani - Hak untuk mendapat didikan dan pimpinan.

Tanggungjawab ibu-bapa bukan untuk diselesaikan tapi untuk dilaksanakan.Sepanjang hayat.

Anak perempuan, sebelum berkahwin, ayah adalah driver. Bila sudah berkahwin ayah menjadi co-driver. Bukan melepaskan stereng untuk dipandu seorang oleh suami.

No comments: