title

2 Aug 2011

Ramadhan 2011

Alhamdulillah, Allah S.W.T memperkenankan diriku untuk bersama Ramadhan sekali lagi. Tahun ini tema  ramadhan ku berubah lagi. Kembali berpuasa secara bujang berkeluarga. Macamana tu? Oleh kerana syarikat tempat aku bekerja telah melakukan perubahan organisasi, maka aku telah ditempatkan kembali ke Kerteh, menyebabkan aku kembali berjauhan dengan keluarga. Tetapi disebabkan oleh kurang kemudahan tempat tinggal beserta kekangan kewangan, aku tinggal bersama keluarga ipar. Jadi walaupun aku bujang kerana berjauhan dengan keluarga tapi masih berkeluarga kerana tinggal dengan keluarga. Amacam, ada konfusion?

Ramadhan kali ini disasarkan untuk membawa perubahan sendiri selepas ramadhan. Ya, aku berkira untuk menjadikan ramadhan ini sebagai batu loncatan untuk beribadah sehingga selepas Syawal. Ada beberapa pekara yang telah difikirkan mahu mula dibuat dan ada pekara yang mahu ditambah baik. Tetapi aku berkeputusan untuk tidak memperincikannya di post ini, mungkin selepas ramadhan akan ku ceritakan, kerananya aku mahu menjadi motivasi selepas ramadhan.

Jadi marilah kita memasuki madrasah ramadhan untuk kita beribadah sepanjang hayat.

Aku selongkar jua post-post ramadhan aku yang terdahulu. Semoga beroleh manfaat.

Ramadhan 2004 - Cerita sambut ramadhan di UUM dan roti habis.

Ramadhan 2006 - Cerita berbuka di UUM bersama Paan.

Ramadhan 2007 - Mengandungi perihal puasa. Di post semasa aku kerja sebagai pensyarah.

Ramadhan 2008 - Cerita berulang kerteh kuantan semata untuk sambut ramadhan bersama isteri.

Ramadhan 2009 - Ramadhan sebagai bapa to be. Juga ada link mengenai ramadhan. Bagus untuk bacaan.

Ramadhan 2010 - Kali ini bersama isteri dan anak di Kuantan. Juga ada link mengenai Ramadhan.

Ramadhan 2010 - Cerita tahun lepas punya berbuka. Pengajaran - Jangan nganjing* muazzin.

Post-post terbaik ramadhan tahun ini.

Ranum Ramadhan oleh Sasterawan Negara A Samad Said.

Info mengenai mohor besar Raja-Raja Melayu oleh Blog Serius

Persediaan Ramadhan oleh Ustaz Nor Amin

Puasa cara Rasullullah S.A.W oleh Zharif Alimin.


Semoga bermanfaat. Amin.

*nganjing. Bahasa orang pantai timur. Maksudnya ejek atau mengejek.

No comments: