title

22 Sep 2011

Farewell notes

One of my office staff that I have never meet or known send this farewell email to all staffs. In her email she mentioned that 4 criteria that need to be fulfill before we can retire. I share the criteria here.


You can retire only when you fulfil these 4 pre-conditions:

  • Your children are financially independent (e.g. they got jobs), 
  • You have zero liability (all your borrowings are paid up),
  • You have enough savings to support your lifestyle for the rest of your life, AND most importantly,
  • You know what you would be doing during your retirement.
this is a fast posting, I will comment later.



4 Sep 2011

Pekan Rabu

Adalah tidak mencukupi jika datang ke Alor Setar tapi tidak membelanjakan sebahagian pendapatan yang  susah payah diusahakan di Pekan Rabu. Kompleks membeli belah yang mashyur di negeri Kedah ini masih gah, tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek  panas. Semuanya kerana di selenggara dengan baik oleh kerajaan negeri.

Kedah sekarang ditadbir oleh Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Ustaz Azizan.

Deretan kedai di Pekan Rabu


Kedai barangan logam

Sedang mempromosi barangan jualan

Ruang bawah kompleks.
 
Makanan pun banyak di jual.

Gembira dengan hasil belian


Jejantas pekan rabu


Ada eskalator yang tidak menggunakan elektrik

Hentian bas dan teksi di seberang kompleks.

2 Sep 2011

Nasi lemak tujuh posen (puluh sen)

Hari keempat Aidilfiri 2011, kami telah pun berada di Parit Buntar, hari ni akan ke Alor Setar melawat Mak Teh, tetapi pagi-pagi kene pergi beli sarapan dulu.


Tempat utama ialah ke market Parit Buntar.


Ramai orang membeli keperluan. Khabarnya untuk menjamu sanak saudara yang datang berkunjung. Ke rumah, bukan ke merket ni.


Ramai orang serbu. Kejap lagi abis la tu. Tapi subjek kita ialah di sebelah kiri.


Ini nasi lemak. Penuh atas meja. Bawah ada lagi dua bakul besar. Tiada pelanggan. Kucing tunggu makan.


Nasi lemak Satu Malaysia (lihat jari pakcik tu). Hanya tujuh posen (puluh sen). Percayalah semua bungkus ini akan habis (bila gerai sebelah habis). Macamana rupa nasi lemak tujuh posen ni?


Tadaaaaaaa. Ini la dia rupa dalamnnya. Nasi lemak ikan bilis. Tiada telur, tiada timun apatah lagi sambal kerang. Nampak ringkas tetapi amat sedap. Diakui oleh isteriku dari pantai timur.


Mengingatkan aku akan zaman di Universiti dulu. Geng penjual nasi lemak letak jualan depa dan tabung duit kat foyer. Tinggalkan begitu saja. Sapa nak beli, amik kuantiti nasi yang di kehendaki dan masukkan jumlah wang yang betul dalam tabung. Honesty at its best. 

1 Sep 2011

I-City Shah Alam

Malam syawal di Kuala Lumpur. Setelah sekian lama tertangguh dek dari kemalasan dan cuaca yang tidak mengizinkan sebelum ini, kali ini kami dapat melawat ke i-city di Shah Alam. Orang kata walau apapun yang terjadi, mesti pergi jugak malam ni. Jadi, kami pun bergeraklah.


Salah satu petua yang aku dapat serta merta apabila sampai ke sini ialah, tolong jangan datang pada hari cuti terutamanya cuti perayaan atau cuti berganda. Walaupun di sini ialah Shah Alam, orang tetap ramai.

Yuran masuk ialah RM10 satu kenderaan, jadi adalah yang terbaik jika anda dapat datang dengan van, mpv, lori atau trak. Jika anda sihat dan cergas, di alu-alukan parking di luar kawasan i-city dan berjalan masuk secara percuma. Jika anda datang berdua, sila naik mutur, masuk adalah percuma. Melainkan jika anda  ahli sarkis, bolehlah datang naik mutur bertiga, berempat, berlima atau lebih.

Apabila masuk sahaja ke tempat ni, baru perasan yang tempat ni hanyalah kedai-kedai pejabat yang kawasan lapangnya di letakkan hiasan LED merata-rata. Ada bentuk flora dan ada bentuk fauna. Tempatnya memang cantik tetapi sebenarnya boleh di replicate oleh mana-man PBT yang berminat. Betul, Kuantan pun boleh buat asalkan ada lampu lip-lap dan kuasa elektrik yang banyak. Aku bayangkan Esplanade atau Taman Bandar yang gemerlapan.










Lagi satu tips ialah sila bawa air (atau air sejuk) yang jauh lebih banyak dari mencukupi. Tempat ni panas dan ada satu je kedai serbaneka yang di buka.


Ada juga ala-ala fun fair tetapi jika anda datang pada musim puncak (masa cuti panjang) anda kena ada stamina kesabaran (dan air sejuk) untuk beratur panjang.


Sebelum datang ke sini pada siang harinya pastikan pemandu kereta anda ada stamina yang cukup untuk berjalan kaki dari tempat parkir ke kawasan lampu lip-lap.