title

1 Sep 2011

I-City Shah Alam

Malam syawal di Kuala Lumpur. Setelah sekian lama tertangguh dek dari kemalasan dan cuaca yang tidak mengizinkan sebelum ini, kali ini kami dapat melawat ke i-city di Shah Alam. Orang kata walau apapun yang terjadi, mesti pergi jugak malam ni. Jadi, kami pun bergeraklah.


Salah satu petua yang aku dapat serta merta apabila sampai ke sini ialah, tolong jangan datang pada hari cuti terutamanya cuti perayaan atau cuti berganda. Walaupun di sini ialah Shah Alam, orang tetap ramai.

Yuran masuk ialah RM10 satu kenderaan, jadi adalah yang terbaik jika anda dapat datang dengan van, mpv, lori atau trak. Jika anda sihat dan cergas, di alu-alukan parking di luar kawasan i-city dan berjalan masuk secara percuma. Jika anda datang berdua, sila naik mutur, masuk adalah percuma. Melainkan jika anda  ahli sarkis, bolehlah datang naik mutur bertiga, berempat, berlima atau lebih.

Apabila masuk sahaja ke tempat ni, baru perasan yang tempat ni hanyalah kedai-kedai pejabat yang kawasan lapangnya di letakkan hiasan LED merata-rata. Ada bentuk flora dan ada bentuk fauna. Tempatnya memang cantik tetapi sebenarnya boleh di replicate oleh mana-man PBT yang berminat. Betul, Kuantan pun boleh buat asalkan ada lampu lip-lap dan kuasa elektrik yang banyak. Aku bayangkan Esplanade atau Taman Bandar yang gemerlapan.










Lagi satu tips ialah sila bawa air (atau air sejuk) yang jauh lebih banyak dari mencukupi. Tempat ni panas dan ada satu je kedai serbaneka yang di buka.


Ada juga ala-ala fun fair tetapi jika anda datang pada musim puncak (masa cuti panjang) anda kena ada stamina kesabaran (dan air sejuk) untuk beratur panjang.


Sebelum datang ke sini pada siang harinya pastikan pemandu kereta anda ada stamina yang cukup untuk berjalan kaki dari tempat parkir ke kawasan lampu lip-lap.




No comments: